Monday, November 11, 2013

Cekodok Labu

Labu kitorg biasa buat labu sira je.. Tapi labu sira kena rendam dlm air kapur supaya labu jadi rangup. Kalau tak, dia jadi lembik. Tapi kapurnye tak terbeli sampai la ni. So, utk habiskan labu ni... Cekodok labu la senang dan sedap. 

Bahan
Labu 1/2 biji size kecil
2 hingga 21/2 cawan tepung
1 biji telur
3 sudu gula
Secubit garam


Potong labu cube2. Rebus labu hingga lembut.


Mash labu dan masukkan semua bhn2. Goreng sehingga golden brown.


Siap. Sgt lembut dan sedap. Nyammmm


Thursday, October 17, 2013

Cepat Kaya

Tgk betul2.. Comelkan?.. Cute miutkan?.. Kan? Kan? Kan? 5 dua inggit. Coooooomel sgt. Sama besar ngan penutup susu standard tu. Size ngam2 je ngan anak tekak. Senang. Sekali telan je. NGAP!!

 
Rasa2 boleh ke cepat kaya?


Sunday, September 29, 2013

Demam Pasta

Sejak kebelakangan ni, hubby suka masak pasta.. Lepas spagetti.. Pasta bake... Sekarang ravioli pulak.. Mcm mana la tak tembam.. Lagi nak diet dia mesti sabotaj punya lah.. Tapi pape pon sedap jugak..

Intai2 mcm mana hubby buat ravioli ni.. 1st buat pasta doh.. Pasta doh pon homemade.. Fuyyoo..

Resepi Pasta Doh
1 biji telur
1 biji telur kuning shj
3 cwn tepung gandum
2 sudu mkn air
1 sudu mkn olive oil
Secubit garam

Uli doh dan biarkan seketika.


Doh.. Dah nak habis baru ambik gambar.. So comot sikit. 

Resepi Inti
Buat je inti ikut suka anda. 

Last week kami buat inti udang. Campurkan 2 ulas bwang putih cincang bersama isi udang dan garam secukup rasa. 

Hari ni kami buat inti daging.
Tumis bawang, masukkan mince meat dan garam secukup rasa. Masak seketika.


Inti.. Sama jugak... Dah nak habis baru ambik gambar.. Hehehe..

Resepi Sos marinara
1/2 kg tomato merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - hiris
1 ulas bawang merah - hiris
Olive oil utk menumis
1 sudu gula merah
2 sudu sos cili
Garam dan paper secukup rasa
Tumis bawang merah dan putih, setelah bawang naik bau, masukkan tomato dan masak sehingga tomato hancur. Kemudian masukkan bahan2 perisa diatas. Biarkan seketika dan tutup api.

Inilah dia sos simple je.. For me pasta ni memang jimat kos la.. Sama gambar sos dah tinggal separuh.

Lepas tu preparekan pasta. Kami tak de mesin pasta/ mee.. So kena la canai manual. Sekali sekala nak buat tak baloi pon nak beli.. Org kata tak balik modal. Tapi lagi jimat apa.. 


Canai doh nipis2 dan letak inti. Tutup dgn doh dan tekan bahagian tepi supaya melekat. Kalau doh tak melekat sbb ada tepung, boleh letakkan sedikit air di bahagian tepi. Doh akan melekat semula.

Rebus ravioli. 

Letak sedikit minyak dan garam dlm air rebusan. Rebus sehingga pasta timbul. Angkat dan tos.


Letakkan sos atas pasta yg sudah dimasak.


Grate parmesan cheese atas ravioli.. 
Sedia di mkn.. 

Yummmehh.. 
Senang.. 
Lazat.. 
4 ketul je... Nak lagi!!!! 
"Canai sendiri!!" Jerit hubby.
Oh...







Rezeki di bumi bertuah

Tak byk perubahan.. Maklumla byk masa kami cuba selesaikan kerja dlm rumah.. Tapi selesai ke.. Mcm kerja ofc jugak.. Kerja2 dlm rumah tu tak kan selesai.. Sekali sekala, biarkan dulu kerja dlm rumah dan jenguk2 kan kat luar yg mana mau perhatian kami..

Nampaknya reban ayam perlu dibaiki. That day hujan lebat. Angin sgt kuat sampai terbalik reban ayam. Nasib baik ternampak.. Kalau tak mati kesejukan semua anak2 ayam tu.. Terpaksa masukkn dlm kotak, pasang pelita( actually lilin i masukkan dlm balang prego). Emergency.. Engineer tak de kat rumah so, i tak nak memandai pasang bulb kat anak ayam tu. 


Awning rumah ayam dah patah. Memang nak kena baiki tukar atap.

Byk yg berlaku.. No photos.. Minda asyik nak aturkan what to do next and next. Now i lebih spontan bertindak sbb mcm i mention awal2 tadi.. Semua tu tak kan habis.. So chill out bebeh.. 

Bila jenguk kat luar..


Cili besar dah boleh petik. Walau tumbuh dlm semak. Awal2 tanam pokok ni dah kena mkn ngan ayam.. Semua pucuk tak de.. So we just pray.. Kalau ada rezeki kami, pokok ni akan survive dan ada hasil nanti.. Sebelum pucuk2 baru tumbuh.. Weeds yg naik dulu.. Tapi kami biarkan sahaja bila kami lihat, ayam dah tak berminat utk ke sana sbb dah semak. Maybe tak nampak pokok cili tu lagi.. So, alhamdulillah.. Keluar hasil dan kami akan petik buat solok lada. Hadiahkan sedikit kepada keluarga dan jiran. Memang tak boleh habis.. Walaupon dlm semak, lebat juga buahnya. Rezeki Allah bagi. Sungguh pemurah Mu ya Allah. 


Ibu ayam yg entah bertelur kat mana, membawa anak2 ayam pulang... Rezeki lagi..


Walau baru je potong 2 tandan pisang.. Yg akan masak the 1st pisang tanduk.. Tunggu hubby balik from outstation.. 



Dan ada satu pokok lagi, not sure pisang apa baru keluar jantung..


Belimbing juga.. That day my husband bff come over with his family. Ayah dia pon dtg sama. Dia just inform us pokok belimbing perlu 2 pokok. Kami hanya ada 1 pokok. Belimbing perlu debunga jantan dan debunga betina dlm process bendebungaan yg boleh dpt dengan 2 pokok. Alhamdulillah. Kami tinggal di kawasan kg, mungkin ada pokok belimbing berdekatan. Tak lama lagi boleh mkn belimbing and my husband keep inform us his childhood mkn ice cream belimbing.. Ice cream malaysia. Mcm sedap je dgr...


Salah satu makanan sunnah. Not sure mcm mana nak tahu dah masak ke belum.. Bercerita pasal pokok delima, bukan buahnya sahaja yg berguna.. Dulu, arwah ayah saya ambil akar delima ni semasa bulan mengambang pada hari selasa.. Mlm selasa utk jadikan ubat seperti cirit birit. Akar tu dikeringkan dan boleh simpan lama.. Gosok akar delima tadi guna periuk tanah dgn sedikit air. Minum air tersebut. Cirit birit akan hilang. Itu sahaja yg saya tau.. Jika ada yg arwah ayah tak ceritakan wallahualam.. 


Berbunga lebat.. Roselle.. Kalau buat air memang feveret faiz ni.. Tunggu mimmy rajin..


Ada lagi.. Terung masih berbuah.. Tak putus2.. Family, jiran2 dan some of friend dah dpt merasa.. Kami pon dah tak tau nak masak apa lagi... 


Yg baru berbuah juga petola. Ada satu pokok yg terselamat from ayam2 yg active tu.. 


Yang ni tak putus2 memberi hasil. Anytime nak mkn kangkung belacan ke, atau nak mkn maggie in the middle of the night.. Tak susah, keluar rumah terus petik. 

Alhamdulillah.. Betapa rezeki yg allah bagi itu tak terkira byknya..






Saturday, September 28, 2013

Kek Pisang 2 in 1

Pisang tak berbuah dua kali. Tapi resepi pisang ni boleh guna utk 2 jenis kuih. Terima kasih resepi2 kat internet that i can find in google or pinterest.. Normally utk cari resepi, i will open all the resepi yg berkaitan. Read all of them and choose the best recipe, tak pon yg paling simple sbb nak jimat kos atau nak resepi yg kena dgn bhn2 yg i have only. Ataupon i will mix and match sana sini and create my own resepi.. I plan to put the link for the recipe yg i amik kat mana.. Ye la itu hak diorg kan.. Tak jumpa pulak tempat nak masukkan link dlm ipad apps ni.. Tak sama mcm pc.. When i have time i will update the link mana i refer resepi ni.. Tapi biasanya.. Resepi yg i masukkan kat sini i dah modified sikit dari resepi yg i refer tu..

Utk resepi kali ini, i made kek pisang kukus and also muffin kek pisang. Lebihan pisang from yg i rebus hari tu.. Ingat nak goreng or buat pengat pisang letak jackfruit and sagu.. Or pisang sira.. Tapi di tangguh2 dah benyek dah semua pisang tu.. 

Byk juga kegunaan pisang benyek ni.. From my surfing kat internet nak cari resepi yg bersesuain nak habiskan pisang ni. Kita boleh buat kek pisang, apam pisang, lempeng pisang, lepat pisang,ice cream dan mcm2 lagi.

Yg ice cream tu, very healthy.. Bland pisang bersama almond milk( kat resepi tu la, but i think susu biasa pon boleh), sugar and some fresh strawbery. Pastu bekukan. Kira pisang ni pengganti fat utk ice cream tu and tekstur dia yg likat. I pasti sedap. Tapi tak terasa nak buat sebb mcm almond milk tu tak best pulak nak ganti ngan susu biasa. Mana nak cari almond milk ni? Tapi from this recipe i think still can modified.. Boleh je tarukkan almond chunk dlm ice cream tu kan.. And lagi sedap kalau campur sikit ngan caramel. Tak pon taruk je peanut butter lady's choice tu.. Jadik je..

Udah2 dgn bayangan ice cream tu.. Kita terus ke resepi mudah nak buat kek pisang kukus ngan muffin ni..

Resepi 2 in 1 kek pisang.

10 biji pisang masak size sederhana / nak nak penuh blander. ( jgn sampai tak le bland sudah)
100g gula - i use gula perang( dlm resepi asal letak 200g, i modified to 150g but still sweet. I think 100g will be ok.. Maybe jugak bergantng pada jenis pisang)
2 biji telur
100ml minyak masak - i use olive oil
<<bland semua bhn di atas>>
200g tepung 
1 sudu mkn soda bikarbonat
<<ayak tepung bersama soda bikarbonate>>

Campur je bhn bland dgn tepung. Kacau hingga sebati.


Dalam gambar ni i masukkan sedikit pisang yg lenyek. Saja nak dptkan pisang yg ketul2 dlm kek nanti.

Bakar or kukus. Ikut selera.


I bakar utk bite size mufffin


Hanya bekas pie ni je yg ada kat rumah buat masa ni.. Kalau ikutkan hati lagi besar bekas lagi ok asal cepat siap.. Jgn guna besen sudah.. Hihihi

Hasilnya..


Boys in the house suka ni.. Masak je habis.. Masak je habis.. Mkn sambil berebut.


Yg ni sgt lembut dan moist. Boys dlm rumah ni tak suka sgt yg kukus ni.. So i bring some to offc the next day share with my colleagu for breakfast and tea.

 I rasa kalau letak topping pon sedap ni.. Atau kek yg panas2 ni mkn with vanilla icecream dgn choc top.. Yummm.. Nak traditional way.. Mkn ngan kelapa parut.. Hahaha.. Mcm2 :)





Saturday, September 21, 2013

DIY Penyidai

Tempat penyidai luar rumah selalu berebut ngan ayam 4 ekor ni. Kononnya mak ayam2 ni adalah ayam hutan. Tak nak percaya, tapi bila tgk kan behaviour diorg ni.. Memang sah la baka ayam hutan. Dulu pembantu selalu jaga ayam2 ni.. Tapi sbb kan kami ni, kdg2 tak de kat rumah time ayam2 ni masuk reban. Balik lambat. So, bila dah sampai rumah, depa dah sedap tido kat penyidai. Kalau time mood ok, tangkap la sekor2 masukkan dlm reban. Tapi kdg2 dah penat sgt, biaq pi la.. Ada masalah ke dia tido penyidai? Hehehe tak de masalah.. Cuma besoknya taik ayam penuh bawah penyidai tu.. So, kdg2 nak basuh bawah penyidai ni yg masalahnya.. Masalah mood la apa lagi... Hehehe

So, i wish i could have 1 penyidai dlm rumah... Atau mobile penyidai yg i can sidai wherever i want. Whenever i want. Ikut situasi.. And bila i tak nak sidai, i can keep elok2 kat stor ke, bawah katil ke.. Mana2 lah asalkan boleh get rid from my eyes.

Ptg tu kami jln jusco, look for sofa kusyen. One of our friend bagi kami sofa, tapi kusyennye dia dah bagi kat someone else. So, we decided utk tgkkan penyidai yg i nak ni.. Kalau ada yg berkenan, tak perlu la nak DIY. Dlm hati.. I dont think i tak berkenan kat penyidai tu.. Yg i tak berkenan is the price dia tu... 

Dipendekkan cerita... Kusyen tak de berkenan(mahal dan tak sesuai, nanti story kemudian), penyidai paling murah berharga rm38++.. Bila tgk i gelak je.. With the price yg mahal tu.. You get the penyidai sama tinggi ngan faiz and lebar dia boleh sidai dlm 10 hanger baju. Lebih baik i tarik tali rafia from grill tingkap to another grill tingkap in my house. Let's go home.

Sampai rumah sit down with hubby, bukak chalk pad and buat drawing... 


"Kita buat penyidai mcm ni je lah.. All the part boleh bukak and pasang. Senang simpan"

Hubby terus keluar and balik with pvc pipe. Siap potong with the ukuran yg nak. Kedai hardware akan bagi free service utk potong2 ni.So, tak yah nak keluarkan gergaji mahupon peluh jantan. hehehe.. Terus pasang. Cost RM22 shj. You will get penyidai yg tinggi boleh lepas utk sidai baju2 pjg dan sidaian yg lebih pjg. Semua part boleh bukak balik senang utk disimpan. Utk pasang pon mcm puzzle sahaja. Boleh exercise minda semasa memasang.. Hehehe


Inilah dia.. Terus basuh baju and sidai.. Hehehe.. 


One more to share here.. Kalau ada baby and guna buaian.. Amat sesuai to convert to penyidai semasa baby tak guna buai.. Tak nampak pon mcm buaian.. Dpt 2 layer lagi... Hehehe

Oh.. Forget to say.. Kechiing!! Keching!!! ;)




Friday, September 20, 2013

Hujan Panas Dengan Pelangi yg Indah

Lama tak update. Byk post dah type, tapi belum publish je. Sbb bila tulis tgh offline. Kat rumah saja i can online. i memang tak de data package. Jimat. Kechiiing!! keching!! hehehe.. Bila time online, maknanya kat rumah la kan, bz untuk biasakan diri dgn rutin2 yg kami tak pernah buat sebelum ini. Dah 3 bulan kami survive without pembantu.

Ibaratnya mcm kuharapkan panas hingga ke ptg, rupanya hujan tgh hari. Adalah rancangan tergendala seketika sehingga kami dpt biasakan diri.. Mcm astro.. Oh ya astro. Kami dah terminate since byk masa diluangkan utk kerja2 rumah. Memang tak sempat nak tgk tv. This 3 month kami observe and itulah sebaik2nya. Lagipon dah ada kabel tv walau hujan walau panas tu.. buat apa membazir.  Kechiiing!! keching!! lagi.. Hahaha.. 

So far walaupon tanpa pembantu alhamdulillah. boleh diteruskan. Walaupon ada lah part2 yg kena perbaiki, ada tak sempat. Tak terbuat. Tapi lagi best tak de diorg ni, insya allah. Budak2 pon dah besar. Diorg boleh main sendiri while kitorg sibuk ngan kerja2 rumah. Walau hujan, walau panas, kami tetap bertahan. Jadi tak perlu pembantu lagi lepas ni. Confirm. Kechiiing!! keching!!


Commercial break jap...

2 hari ni, my hubby outstation so, i request w@h sebb tak de org nak ambik budak2 from school. tok pa dan tok ma pon tak de kat rumah jenjln ke china. Bila hubby tak de kat rumah the most lazy thing to do is cooking. Sebb memang dia pon yg rajin masak. Hehehe.. And kerja2 lain tak perlu nak buat sbb tak bersepah sgt. Hahaha.. Mcm dia pulak yg tukang sepahkan.. I think maybe bila tak cukup korum ni, budak2 behave sikit. Mummy dia pon bagi attention lebih kat diorg supaya tak buat hal sgt. So senang kerja. Hahaha. 

Bila w@h, food memang susah sikit kalau nak compare pergi office.dah la malas nak masak, kat office ye lah.. Main tunjuk2 je.. Kalau kat rumah, malas la nak keluar semata2 nak mkn. Lagipon.. Belum mandi.. Hahaha..

Melilau2 kat ruang dapur tu mencari2 pape yg senang di masak selain telur mata kerbau. Lalu ternampak benda ni.. Kitorg baru potong from pokok. Oh my.. Dah lama tak mkn ni.. Last rasanya zmn2 sekolah rendah. Mak selalu buat pagi2 utk breakfast. Lepas tu dah pergi sekolah berasrama, balik sekali sekala tak kan nak mkn ni kan.. Mesti request yg best2 je ngan mak.. Huhu.. Rindu betul nak mkn ni.. So apa lagi... Bukan susah pon..


Dah potong 3 bijik yg dah nak kuning2.. 


Basuh dan masukkan dlm periuk dgn air. Sedikit garam. On dapur.


Biar meggelegak seketika.. Pastu tutup api. Terik isi dia kan. Ishkk tak sabar.. tak sabar...


Kopek kulit dia... Bila potong tu.. Bau diiiaaaaa... 


Bila makan.. rasa diaaaaa.... Ohhh!!! I can smell, i can taste the childhood...Huhuhu.. Rindu mak.. Call.. Assalamualaikum mek!!.. Tak angkat.... Takpe.. Sambung mkn. Habis 2 biji. Burp. Alhamdulillah. Breakfast pisang rebus from pokok sendiri. Jimat lagi. Hihihi..  Kechiiing!! keching!!

8.45am start kerja.

Sebiji lagi buat lunch. KECHIINGGG!!! Hahaha.. Selamat berjimat cermat. :)


Thursday, July 25, 2013

Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol



Kalau ckp masak nasi dagang, mesti ckp leceh nak masak kan? And masak sampai berjam2.. Disbbkan dianggap leceh tu i think harga dia mahal. Kalau tgkkan bahan2 dia.. Hmm biasa je.. Kalau mkn kat soto seksyen 8, mkn nasi dagang dlm rm5.30. Hamekau. Kalau 2 org mkn? Kalau 1 keluarga mkn? Lu  kira la sendiri. Sendiri jugak mau bayar. Hehehe

Nasi dagang kitorg ni, nasi dagang shortcut. Shhhh.. Jgn bagitau org kg. marah nanti. Tapi disebbkan senang bangat nak buat nasi dagang ni and comfirm sedap.. Kami share kat sini and nanti uols boleh la cuba masak sendiri. Tak perlu lagi mkn kat kedai. 

Untuk resepi kali ni tak de photo step by step. Sbb tinggal je kat hubby sambung and keluar untuk beli barang. Shopping le apa lagi. Hehehe

Gulai Ikan Tongkol
(Gulai ni tak letak belacan. Baru realise gulai terengganu ada letak belacan. Anda boleh letak jika suka)

1 ekor ikan tongkol size sederhana; dibersih, dipotong dan rebus bersama garam dan asam gelugor. Jgn terlebih garam kerana air rebusan ikan akan digunakan nanti.

 <Bahan kisar>
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 inci lengkuas
2 inci halia
6 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 sudu besar rempah gulai - saya guna serbuk kari cap org terbang, org kata org terengganu guna rempah cap ros. Kalau tiada serbuk kari pon boleh.
<semua bhn diatas adalah bahan kisar>
1 biji kelapa parut
1 ketul gula melaka/ nise
1 keping asam gelugur
Segentgam cili kecik - optional
Garam dan gula secukup rasa

>> Kalau ikan belum rebus, rebus ikan. Ada yg ckp kalau overnight lagi sedap. Ikut suka anda nak buat mcm mana. Tapi saya suka yg fresh. Ikan rebus tak perlu lama2. Kalau dah rebus pon senang, sbb kerja dah berkurang.
>> Perah kelapa. buat dua kali perahan. Boleh juga guna santan ready dan campurkan air secukupnya. Tapi saya suka guna kelapa parut sbb rasa santan lebih manis dan fresh dari santan ready tu. memang la tak manis sbb yg tu diorg dah letak garam sikit. Hehehe
>> guna santan sebagai ganti air utk kisar bahan kisar. 
>> masukkan bhn2 kisar ke dalam periuk dan masak sehingga naik minyak.
>> masukkan gula melaka dan asam keping. 
>> apabila gula melaka dah semua hancur, masukkan baki santan
>> kacau sehingga menggelegak. Kalau tak kacau santan akan berketul. 
>> bila dah menggelegak, masukkan ikan rebus dan air rebusan ikan. Sbb guna air rebusanlah, saya lagi suka kalau rebus masa tu jugak. So air rebusan tu still fresh dan masih panas2 lagi. Kalau periuk tak muat, masukkan air rebusan bila kuah sudah surut sedikit. 
>> tambah garam dan gula secukupnya jika perlu. Remember that air rebusan sudah masin dan dah letak gula melaka tadi. kuah pon masih byk. Bila surut masinmanis makin terasa. 
>> masak sehingga kuah menjadi pekat atau kuah surut sehingga cukup2 tenggelamkan ikan. Process ni sedikit lama. Kecilkan sedikit api dan biar je dia mereneh sehingga kuah surut. Sementara itu anda boleh buat nasinya pula.






Nasi Dagang

4 pot beras biasa - basmathi. Boleh juga guna beras biasa. Tapi dah try 3 kali guna beras yg berlainan. Basmathi is the best.
1 pot beras pulut
(Basuh dan rendamkan beras lebih kurang 2 jam)

1/2 biji kelapa parut
5 ulas bawang merah - dihiris
3 inci halia - dihiris
2 sudu halba - rendam. Kalau terlewat/ terlupa rendam dlm air panas. 
1/2 sudu kecik garam

>> Sejat beras. Masukkan dlm periuk biasa. 
>> masukkan santan sebyk anda masak beras tu dgn air biasa.
>> masukkan garam. masak nasi. Bila menggelegak, kacau sehingga santan kering dan tutup api.
>> masukkan bawang, halia dan halba. Gaul sebati
>> menggunakan pengukus, lapik pengukus dgn daun pisang, kukus nasi sehingga masak.
>> siap di hidang.

Senangkan? So leceh tu hanya tanggapan sahaja. Hehehe.










Popia Goreng Inti Sengkuang

Bulan2 puasa ni tak larat nak DIY nak gardening ke, nak buat kids project ke.. Pokok yg tanam pon layu. Dah tanam kena kacau pulak kat ayam. Tak larat nak buat pagar. Jadi bulan ni byk la resepi yg keluar. Tutup pintu bukak air cond, bukak tv kartun and ipad, mimmy boleh lah dok kat dapur tanpa kena kacau ngan kanak2 ribena tu.

Bulan puasa ni memang kami berbuka kat rumah mil hari2 kecuali weekend. So, saje2 potluck buatkan at least 1 food utk mkn sama2. No pasar ramadhan.

Semalam buat popia. Tapi semlm celebrate besday fil, fil nak mkn burger bakar. Hubby masak burger bakar and asam pedas kepala ikan salmon. So, popia boleh frozen kan untuk bila2 perlu. Alih2 hari ni hubby cuti dia nak rileks je, so popia ni keluar la utk berbuka kat rumah mil. Popia ni inti sengkuang ngan carrot je. The whole family suka popia ni. faiz pon suka. Sometime senang2 hati dia je request nak popia. popia ni lagi sedap dari popia letak taugeh dan sgt simple. Tak perlu nak menyiang buang akar2 taugeh tu bagi yg cerewet mkn taugeh mcm saya. Hehehe

Bahan2 utk inti popia:

1 ketul sengkuang size sederhana
1 btg carrot
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Parut sengkuang dan carrot. Tumis bawang merah dan bawah putih. Masukkan sengkuang dan carrot yg diparut. Gula dan garam secukupnya. Kacau hingga sengkuang dan carrot layu. Angkat. Super duper easy peasy kan? Kalau anda suka yg rumit, boleh la tambah udang ke, ayam ke, daging ke. But trust me, yg plain ni lagi sedap dari yg letak udang bagai tu. the crunchyness of the sengkuang and the sweetness of the carrot. Hmmm fresh sgt.


Inti popia yg dah siap


Kulit popia. Boleh je guna apa2 brand. This is not promosi kulit popia ye. Hehehe


Letakkan sedikit inti di atas kulit popia


Gulung kulit popia


Seal kulit popia dgn sedikit air. Yay.. siap!! hehehe.. jgn happy sgt 1 je baru siap. so buat lagi dan lagi sampai inti habis. Atau sampai anda larat. kalau larat half way. boleh simpan kulit dan inti dlm fridge utk gulung next time. dah tak larat kan. puasa2 ni tak le paksa. nanti ada pulak popia tu habis sebelum berbuka. hehehe.. Kulit popia yg lebih simpan frozen utk next time. Untuk kulit popia thn lama dan tak kering, staple plastik. Jgn biar plastik terbuka semasa simpan dlm fridge.


Kalau nak mkn terus, terus goreng. Biasa utk seketul sengkuang yg size sederhana saya boleh dpt dlm 30 - 40 pcs popia. So, goreng yg nak mkn, selebihnya boleh simpan.


Popia ni sedap mkn begitu sahaja atau cicah dgn sos. Resepi sos homemade tunggu next post ye. Sekejap je kan buat popia ni? Kalau rajin boleh gi niaga kat pasar ramadhan. 1pc = 40 sen. Kalau 40pcs? Dpt rm16. Tapi, tak perlu bygkan untung yg anda dpt tu dulu tapi bygkan 40pcs tu anda hanya perlu keluarkan tak sampai separuh dari rm16 ringgit tu. jimatkan? Apa lagi, lepas ni tak perlu lagi ke pasar ramadhan. Hehehe ;)


Sunday, July 14, 2013

Nasi Goreng Ikan Turun Temurun

Kalau buat nasi goreng, memang tak de nasi goreng lain yg i tahu.. Inilah dia my feveret nasi goreng and memang ini resepi my mum. So dari kecik mkn nasi goreng mcm ni. Kalau mkn nasi goreng lain, saya mesti tak puas hati. Dengan perasannya saya rasa nasi goreng ni lain dari yg lain dan tak kan jumpa kat kedai. Hehehe...  Bila saya kahwin ngan hubby, he said this is the 1st time dia mkn dan jumpa nasi goreng letak ikan. Bukan nasi goreng dgn leftover ikan tu.. Sikit pon tak sama tau.. Hehehe


Bahan:
6 senduk nasi
1 1/2 @ 2 ekor ikan rebus
2 biji telur
5 ulas bawang merah - ditumbuk/ hiris
2 ulas bawang putih - ditumbuk/ hiris
Garam secukup rasa
Cili giling - optional
Vege - optional

Cara2 :
1. Ikan rebus, buang tulang dan goreng dalam minyak sedikit. Hancur2kan ikan dengan senduk. Goreng sehingga kekuningan dan angkat.
2. Goreng telur hancur dan angkat
3. Tumis bawang merah dan putih (termasuk gili giling) sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, ikan goreng dan telur goreng hancur (termasuk vege). Kacau.
5. Masukkan nasi dan kacau lagi hingga rata.

Siap!!


Nasi goreng ikan ni sgt sesuai utk budak2. Sedap dan berkhasiat. :)


Ikan Rebus

Sape tak tau nak buat ikan rebus.. Mudah saja.. 


Ikan. Biasa org guna sardin/ selayang, selar, kembung, aye/ tongkol atau uji rashid/ lolong dan lain2. Ikan2 besar seperti tenggiri, ikan merah, siakap tak sesuai utk rebus.

Bersihkan ikan, siram dan selawat ke atas nabi. Amal2 selalu semasa membersih makanan.


Masukkan garam, asam keping  2 atau 3 keping dan air sehingga tenggelam ikan.


Masak api perlahan sehingga air separuh, atau sehingga air 1/5 utk ikan rebus thn lebih lama. Jangan sampai hangit!!! Hehehe

Boleh simpan dlm fridge utk kesenangan masa hadapan.. :)


Saturday, July 13, 2013

Pizza Mudah dan Sedap

Ni resepi paling sempoi.. Senang dan sedap. Hubby and anak2 suka. Resepi nak buat doh yg senang sebb potion yg sedikit. So, kalau tak de pengacau doh pon.. Rileks je la.. Budak2 pon boleh buat ni.. Tak penat pon nak uli.. Kalau nak buat dlm quantiti yg byk, saya cadangkan stick je ngan sukatan tu tapi buat byk kali.. So tak penat nak uli. 

Bahan2 utk buat doh

250g gandum
1 sudu butter or margerin
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu yis segera
Garam secukup rasa
125ml air



Masukkan bahan. Gaul dulu gandum, gula, garam, susu, butter dan yis. Kemudian masukkan air dan uli.


Kalau anda ada oven besar, doh tu dpt buat pizza large size.. Boleh la buat sebiji besar terus.. If not, boleh bahagi kepada size yg anda suka. Kalau bahagi 4 jadi personal pizza size.. Saya bahagi dgn 4. Itu pon tak habis semua. Faiz and adik 1 pizza.  Me and hubby 2 pizza. 3 pizza je dah cukup.


Tutup doh dgn kain lembap dan biar 30 minit.


Selepas itu boleh la leperkan doh mengikut ketebalan yg anda suka. Taburkan sedikit tepung supaya tak melekat. Kalau anda tak de pin penggelek pon tak mengapa. Bukan satu alasan. Tekan2 doh dgn hujung jari mengikut bentuk dan ketebalan yg anda suka. That how i do sebelum beli pin penggelek. 

Kalau suka thin crust, buat nipis2. 

Pasal tepi pizza, kami tak suka tepi pizza tu.. Kalau mkn kat pizza hut, tepi pizza tu potong, tak mkn. So, kami leperkan flat je.. So tak payah ada tepi pizza.. Ngeh ngeh


Dah siap gelek, masak dulu dlm oven lebih kurang 5 minit pada suhu 190. Utk pizza kecik tu la.. Kalau tak, bakar sehingga masak. Tapi jgn sampai warna perang. Mcm roti nan pon ada. Boleh cicah sambal. Sodap!!!


Utk sos, kalau anda ada masa, boleh buat homemade tomato sos. Tapi.. Almaklumlah.. Jiwa melayu, tomato mana layan.. Jadi kami guna

1. Mayonese. 
2. Sos cili brand kesukaan
3. Sos lada hitam. Pape brand. kami guna brand AZAD, beli dari kedai Ramly. Sos lada hitam ni org selalu guna utk burger tepi jln.


Letak ketiga2 sos. Hehehe


Boleh taruk pape topping yg anda suka. Pape saje boleh buat topping. serlahkan kemelayuan pizza anda.. hahaha.. List topping yg senang dan biasa ada dlm almari dapur anda:
1. Bawang
2. Tomato
3. Cendawan
4. Cili
5. Ayam - cincang/ potong kecil2,  masak dulu ikut suka perasa anda.. Sambal tumis pon boleh..
6. Daging sama mcm ayam masak dulu
7. Hotdog
8. Sardin
9. Ikan bilis
10. Telur
11. Crabstick
12. Seafood - udang, sotong
11. Tuna dlm tin yg pelbagai perisa tu.. Mild, chilli tuna. Kami selalu beli tuna in water. Spare kalau2 nak buat sushi or sandwich.


Dah taruk topping kesukaan anda, sprinkle mozarella cheese and cheddar(kalau ada) as much as you like.. ;) 


Bakar sampai tepi warna perang.


Pizza hotdog and cendawan.


Pizza ayam shawarma


Pizza hotdog.. Dan mcm2 lagi. Utk budak2.. Cukup guna mayonis utk sos, bersama toping kegemaran anak and lots of cheese.. Hehehe


Kalau ada pizza base yg lebih.. Bakar siap2 and simpan dlm freezer. Lepas ni mkn pizza 10 minutes dah siap. Kami memang sengaja lebihkan.. Simpan siap2. Buat sahur bangun kul 5.15am masih sempat mkn.. Hehehe