Thursday, July 25, 2013

Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol



Kalau ckp masak nasi dagang, mesti ckp leceh nak masak kan? And masak sampai berjam2.. Disbbkan dianggap leceh tu i think harga dia mahal. Kalau tgkkan bahan2 dia.. Hmm biasa je.. Kalau mkn kat soto seksyen 8, mkn nasi dagang dlm rm5.30. Hamekau. Kalau 2 org mkn? Kalau 1 keluarga mkn? Lu  kira la sendiri. Sendiri jugak mau bayar. Hehehe

Nasi dagang kitorg ni, nasi dagang shortcut. Shhhh.. Jgn bagitau org kg. marah nanti. Tapi disebbkan senang bangat nak buat nasi dagang ni and comfirm sedap.. Kami share kat sini and nanti uols boleh la cuba masak sendiri. Tak perlu lagi mkn kat kedai. 

Untuk resepi kali ni tak de photo step by step. Sbb tinggal je kat hubby sambung and keluar untuk beli barang. Shopping le apa lagi. Hehehe

Gulai Ikan Tongkol
(Gulai ni tak letak belacan. Baru realise gulai terengganu ada letak belacan. Anda boleh letak jika suka)

1 ekor ikan tongkol size sederhana; dibersih, dipotong dan rebus bersama garam dan asam gelugor. Jgn terlebih garam kerana air rebusan ikan akan digunakan nanti.

 <Bahan kisar>
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 inci lengkuas
2 inci halia
6 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 sudu besar rempah gulai - saya guna serbuk kari cap org terbang, org kata org terengganu guna rempah cap ros. Kalau tiada serbuk kari pon boleh.
<semua bhn diatas adalah bahan kisar>
1 biji kelapa parut
1 ketul gula melaka/ nise
1 keping asam gelugur
Segentgam cili kecik - optional
Garam dan gula secukup rasa

>> Kalau ikan belum rebus, rebus ikan. Ada yg ckp kalau overnight lagi sedap. Ikut suka anda nak buat mcm mana. Tapi saya suka yg fresh. Ikan rebus tak perlu lama2. Kalau dah rebus pon senang, sbb kerja dah berkurang.
>> Perah kelapa. buat dua kali perahan. Boleh juga guna santan ready dan campurkan air secukupnya. Tapi saya suka guna kelapa parut sbb rasa santan lebih manis dan fresh dari santan ready tu. memang la tak manis sbb yg tu diorg dah letak garam sikit. Hehehe
>> guna santan sebagai ganti air utk kisar bahan kisar. 
>> masukkan bhn2 kisar ke dalam periuk dan masak sehingga naik minyak.
>> masukkan gula melaka dan asam keping. 
>> apabila gula melaka dah semua hancur, masukkan baki santan
>> kacau sehingga menggelegak. Kalau tak kacau santan akan berketul. 
>> bila dah menggelegak, masukkan ikan rebus dan air rebusan ikan. Sbb guna air rebusanlah, saya lagi suka kalau rebus masa tu jugak. So air rebusan tu still fresh dan masih panas2 lagi. Kalau periuk tak muat, masukkan air rebusan bila kuah sudah surut sedikit. 
>> tambah garam dan gula secukupnya jika perlu. Remember that air rebusan sudah masin dan dah letak gula melaka tadi. kuah pon masih byk. Bila surut masinmanis makin terasa. 
>> masak sehingga kuah menjadi pekat atau kuah surut sehingga cukup2 tenggelamkan ikan. Process ni sedikit lama. Kecilkan sedikit api dan biar je dia mereneh sehingga kuah surut. Sementara itu anda boleh buat nasinya pula.






Nasi Dagang

4 pot beras biasa - basmathi. Boleh juga guna beras biasa. Tapi dah try 3 kali guna beras yg berlainan. Basmathi is the best.
1 pot beras pulut
(Basuh dan rendamkan beras lebih kurang 2 jam)

1/2 biji kelapa parut
5 ulas bawang merah - dihiris
3 inci halia - dihiris
2 sudu halba - rendam. Kalau terlewat/ terlupa rendam dlm air panas. 
1/2 sudu kecik garam

>> Sejat beras. Masukkan dlm periuk biasa. 
>> masukkan santan sebyk anda masak beras tu dgn air biasa.
>> masukkan garam. masak nasi. Bila menggelegak, kacau sehingga santan kering dan tutup api.
>> masukkan bawang, halia dan halba. Gaul sebati
>> menggunakan pengukus, lapik pengukus dgn daun pisang, kukus nasi sehingga masak.
>> siap di hidang.

Senangkan? So leceh tu hanya tanggapan sahaja. Hehehe.










No comments:

Post a Comment