Saturday, July 13, 2013

Pizza Mudah dan Sedap

Ni resepi paling sempoi.. Senang dan sedap. Hubby and anak2 suka. Resepi nak buat doh yg senang sebb potion yg sedikit. So, kalau tak de pengacau doh pon.. Rileks je la.. Budak2 pon boleh buat ni.. Tak penat pon nak uli.. Kalau nak buat dlm quantiti yg byk, saya cadangkan stick je ngan sukatan tu tapi buat byk kali.. So tak penat nak uli. 

Bahan2 utk buat doh

250g gandum
1 sudu butter or margerin
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu yis segera
Garam secukup rasa
125ml air



Masukkan bahan. Gaul dulu gandum, gula, garam, susu, butter dan yis. Kemudian masukkan air dan uli.


Kalau anda ada oven besar, doh tu dpt buat pizza large size.. Boleh la buat sebiji besar terus.. If not, boleh bahagi kepada size yg anda suka. Kalau bahagi 4 jadi personal pizza size.. Saya bahagi dgn 4. Itu pon tak habis semua. Faiz and adik 1 pizza.  Me and hubby 2 pizza. 3 pizza je dah cukup.


Tutup doh dgn kain lembap dan biar 30 minit.


Selepas itu boleh la leperkan doh mengikut ketebalan yg anda suka. Taburkan sedikit tepung supaya tak melekat. Kalau anda tak de pin penggelek pon tak mengapa. Bukan satu alasan. Tekan2 doh dgn hujung jari mengikut bentuk dan ketebalan yg anda suka. That how i do sebelum beli pin penggelek. 

Kalau suka thin crust, buat nipis2. 

Pasal tepi pizza, kami tak suka tepi pizza tu.. Kalau mkn kat pizza hut, tepi pizza tu potong, tak mkn. So, kami leperkan flat je.. So tak payah ada tepi pizza.. Ngeh ngeh


Dah siap gelek, masak dulu dlm oven lebih kurang 5 minit pada suhu 190. Utk pizza kecik tu la.. Kalau tak, bakar sehingga masak. Tapi jgn sampai warna perang. Mcm roti nan pon ada. Boleh cicah sambal. Sodap!!!


Utk sos, kalau anda ada masa, boleh buat homemade tomato sos. Tapi.. Almaklumlah.. Jiwa melayu, tomato mana layan.. Jadi kami guna

1. Mayonese. 
2. Sos cili brand kesukaan
3. Sos lada hitam. Pape brand. kami guna brand AZAD, beli dari kedai Ramly. Sos lada hitam ni org selalu guna utk burger tepi jln.


Letak ketiga2 sos. Hehehe


Boleh taruk pape topping yg anda suka. Pape saje boleh buat topping. serlahkan kemelayuan pizza anda.. hahaha.. List topping yg senang dan biasa ada dlm almari dapur anda:
1. Bawang
2. Tomato
3. Cendawan
4. Cili
5. Ayam - cincang/ potong kecil2,  masak dulu ikut suka perasa anda.. Sambal tumis pon boleh..
6. Daging sama mcm ayam masak dulu
7. Hotdog
8. Sardin
9. Ikan bilis
10. Telur
11. Crabstick
12. Seafood - udang, sotong
11. Tuna dlm tin yg pelbagai perisa tu.. Mild, chilli tuna. Kami selalu beli tuna in water. Spare kalau2 nak buat sushi or sandwich.


Dah taruk topping kesukaan anda, sprinkle mozarella cheese and cheddar(kalau ada) as much as you like.. ;) 


Bakar sampai tepi warna perang.


Pizza hotdog and cendawan.


Pizza ayam shawarma


Pizza hotdog.. Dan mcm2 lagi. Utk budak2.. Cukup guna mayonis utk sos, bersama toping kegemaran anak and lots of cheese.. Hehehe


Kalau ada pizza base yg lebih.. Bakar siap2 and simpan dlm freezer. Lepas ni mkn pizza 10 minutes dah siap. Kami memang sengaja lebihkan.. Simpan siap2. Buat sahur bangun kul 5.15am masih sempat mkn.. Hehehe




8 comments:

  1. Salam alaik,
    Terbaik sebab siap dengan gmbar lagi.
    Membantu!!
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Kak saya nk tanye gandum atau tepung gandum...mntak maaf tanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepung gandum sayangku.. silap tulis tu.. hehehe

      Delete
  3. susu tepung law ganty dgn susu manis blh x?

    ReplyDelete
  4. em... look nice......and delicious

    i have tryyy do it,,,,

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. boleh try.. lagi sihat pizza tu.. ada kalsium lagi.. hehehe

      Delete