Thursday, July 25, 2013

Popia Goreng Inti Sengkuang

Bulan2 puasa ni tak larat nak DIY nak gardening ke, nak buat kids project ke.. Pokok yg tanam pon layu. Dah tanam kena kacau pulak kat ayam. Tak larat nak buat pagar. Jadi bulan ni byk la resepi yg keluar. Tutup pintu bukak air cond, bukak tv kartun and ipad, mimmy boleh lah dok kat dapur tanpa kena kacau ngan kanak2 ribena tu.

Bulan puasa ni memang kami berbuka kat rumah mil hari2 kecuali weekend. So, saje2 potluck buatkan at least 1 food utk mkn sama2. No pasar ramadhan.

Semalam buat popia. Tapi semlm celebrate besday fil, fil nak mkn burger bakar. Hubby masak burger bakar and asam pedas kepala ikan salmon. So, popia boleh frozen kan untuk bila2 perlu. Alih2 hari ni hubby cuti dia nak rileks je, so popia ni keluar la utk berbuka kat rumah mil. Popia ni inti sengkuang ngan carrot je. The whole family suka popia ni. faiz pon suka. Sometime senang2 hati dia je request nak popia. popia ni lagi sedap dari popia letak taugeh dan sgt simple. Tak perlu nak menyiang buang akar2 taugeh tu bagi yg cerewet mkn taugeh mcm saya. Hehehe

Bahan2 utk inti popia:

1 ketul sengkuang size sederhana
1 btg carrot
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Parut sengkuang dan carrot. Tumis bawang merah dan bawah putih. Masukkan sengkuang dan carrot yg diparut. Gula dan garam secukupnya. Kacau hingga sengkuang dan carrot layu. Angkat. Super duper easy peasy kan? Kalau anda suka yg rumit, boleh la tambah udang ke, ayam ke, daging ke. But trust me, yg plain ni lagi sedap dari yg letak udang bagai tu. the crunchyness of the sengkuang and the sweetness of the carrot. Hmmm fresh sgt.


Inti popia yg dah siap


Kulit popia. Boleh je guna apa2 brand. This is not promosi kulit popia ye. Hehehe


Letakkan sedikit inti di atas kulit popia


Gulung kulit popia


Seal kulit popia dgn sedikit air. Yay.. siap!! hehehe.. jgn happy sgt 1 je baru siap. so buat lagi dan lagi sampai inti habis. Atau sampai anda larat. kalau larat half way. boleh simpan kulit dan inti dlm fridge utk gulung next time. dah tak larat kan. puasa2 ni tak le paksa. nanti ada pulak popia tu habis sebelum berbuka. hehehe.. Kulit popia yg lebih simpan frozen utk next time. Untuk kulit popia thn lama dan tak kering, staple plastik. Jgn biar plastik terbuka semasa simpan dlm fridge.


Kalau nak mkn terus, terus goreng. Biasa utk seketul sengkuang yg size sederhana saya boleh dpt dlm 30 - 40 pcs popia. So, goreng yg nak mkn, selebihnya boleh simpan.


Popia ni sedap mkn begitu sahaja atau cicah dgn sos. Resepi sos homemade tunggu next post ye. Sekejap je kan buat popia ni? Kalau rajin boleh gi niaga kat pasar ramadhan. 1pc = 40 sen. Kalau 40pcs? Dpt rm16. Tapi, tak perlu bygkan untung yg anda dpt tu dulu tapi bygkan 40pcs tu anda hanya perlu keluarkan tak sampai separuh dari rm16 ringgit tu. jimatkan? Apa lagi, lepas ni tak perlu lagi ke pasar ramadhan. Hehehe ;)


No comments:

Post a Comment