Saturday, July 13, 2013

Temosa Ikan

Kalau tgk makanan teregganu or kelantan, memang byk yg guna ikan. Maybe sbb dekat ngan pantai kot.. Atau dulu2 ikan ni sumber protein yg murah. Tak caya dalm karipap pon nak taruk ikan. Bila pikir, baguskan. Kalau saya kat kg, asyik2 ikan. Ikan adalah lauk utama. Gulai sayur pon taruk isi ikan. Nasi goreng pon taruk ikan.  Saya nak famili saya, suami and anak2 suka ikan. kalau kat key el ni ada seminggu tak jumpa ikan pon tak kesah.  asyik2 ayam. Lepas ni kena pikir tektik supaya diorg ni suka ikan as much as i do. Heh heh..

Utk buat temosa, buat inti terlebih dahulu. Sbb ambik masa masak inti sampai kering. 

Bahan2 inti:

3 ekor ikan rebus
3 ulas Bawang merah 
Seinci Halia
Secawan santan
Garam gula secukupnya.


Hiris bawang merah dan halia


Buang tulang ikan rebus dan tumbuk isi ikan sehingga lumat


Masukkan semua bahan dan masak sehingga kering. Jgn lupa ikan rebus dah masin. Rasa dulu sebelum tambah garam.


Inti yg sudah siap. Kecik pulak gambar ni.. 


Bahan2 doh:

250g gandum
1 cawan air panas
1/2 cawan minyak sayuran/ minyak masak
Secubit garam


Campurkan semua bahan dan uli doh.


Guna acuan karipap.


Macam karipap je... Not sure why they call temosa. 


Goreng. Siap!! 

Macam biasa, kalau ada lebih simpan dalm fridge utk kesenangan masa hadapan. Hehehe..