Sunday, September 29, 2013

Demam Pasta

Sejak kebelakangan ni, hubby suka masak pasta.. Lepas spagetti.. Pasta bake... Sekarang ravioli pulak.. Mcm mana la tak tembam.. Lagi nak diet dia mesti sabotaj punya lah.. Tapi pape pon sedap jugak..

Intai2 mcm mana hubby buat ravioli ni.. 1st buat pasta doh.. Pasta doh pon homemade.. Fuyyoo..

Resepi Pasta Doh
1 biji telur
1 biji telur kuning shj
3 cwn tepung gandum
2 sudu mkn air
1 sudu mkn olive oil
Secubit garam

Uli doh dan biarkan seketika.


Doh.. Dah nak habis baru ambik gambar.. So comot sikit. 

Resepi Inti
Buat je inti ikut suka anda. 

Last week kami buat inti udang. Campurkan 2 ulas bwang putih cincang bersama isi udang dan garam secukup rasa. 

Hari ni kami buat inti daging.
Tumis bawang, masukkan mince meat dan garam secukup rasa. Masak seketika.


Inti.. Sama jugak... Dah nak habis baru ambik gambar.. Hehehe..

Resepi Sos marinara
1/2 kg tomato merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - hiris
1 ulas bawang merah - hiris
Olive oil utk menumis
1 sudu gula merah
2 sudu sos cili
Garam dan paper secukup rasa
Tumis bawang merah dan putih, setelah bawang naik bau, masukkan tomato dan masak sehingga tomato hancur. Kemudian masukkan bahan2 perisa diatas. Biarkan seketika dan tutup api.

Inilah dia sos simple je.. For me pasta ni memang jimat kos la.. Sama gambar sos dah tinggal separuh.

Lepas tu preparekan pasta. Kami tak de mesin pasta/ mee.. So kena la canai manual. Sekali sekala nak buat tak baloi pon nak beli.. Org kata tak balik modal. Tapi lagi jimat apa.. 


Canai doh nipis2 dan letak inti. Tutup dgn doh dan tekan bahagian tepi supaya melekat. Kalau doh tak melekat sbb ada tepung, boleh letakkan sedikit air di bahagian tepi. Doh akan melekat semula.

Rebus ravioli. 

Letak sedikit minyak dan garam dlm air rebusan. Rebus sehingga pasta timbul. Angkat dan tos.


Letakkan sos atas pasta yg sudah dimasak.


Grate parmesan cheese atas ravioli.. 
Sedia di mkn.. 

Yummmehh.. 
Senang.. 
Lazat.. 
4 ketul je... Nak lagi!!!! 
"Canai sendiri!!" Jerit hubby.
Oh...