Sunday, September 29, 2013

Rezeki di bumi bertuah

Tak byk perubahan.. Maklumla byk masa kami cuba selesaikan kerja dlm rumah.. Tapi selesai ke.. Mcm kerja ofc jugak.. Kerja2 dlm rumah tu tak kan selesai.. Sekali sekala, biarkan dulu kerja dlm rumah dan jenguk2 kan kat luar yg mana mau perhatian kami..

Nampaknya reban ayam perlu dibaiki. That day hujan lebat. Angin sgt kuat sampai terbalik reban ayam. Nasib baik ternampak.. Kalau tak mati kesejukan semua anak2 ayam tu.. Terpaksa masukkn dlm kotak, pasang pelita( actually lilin i masukkan dlm balang prego). Emergency.. Engineer tak de kat rumah so, i tak nak memandai pasang bulb kat anak ayam tu. 


Awning rumah ayam dah patah. Memang nak kena baiki tukar atap.

Byk yg berlaku.. No photos.. Minda asyik nak aturkan what to do next and next. Now i lebih spontan bertindak sbb mcm i mention awal2 tadi.. Semua tu tak kan habis.. So chill out bebeh.. 

Bila jenguk kat luar..


Cili besar dah boleh petik. Walau tumbuh dlm semak. Awal2 tanam pokok ni dah kena mkn ngan ayam.. Semua pucuk tak de.. So we just pray.. Kalau ada rezeki kami, pokok ni akan survive dan ada hasil nanti.. Sebelum pucuk2 baru tumbuh.. Weeds yg naik dulu.. Tapi kami biarkan sahaja bila kami lihat, ayam dah tak berminat utk ke sana sbb dah semak. Maybe tak nampak pokok cili tu lagi.. So, alhamdulillah.. Keluar hasil dan kami akan petik buat solok lada. Hadiahkan sedikit kepada keluarga dan jiran. Memang tak boleh habis.. Walaupon dlm semak, lebat juga buahnya. Rezeki Allah bagi. Sungguh pemurah Mu ya Allah. 


Ibu ayam yg entah bertelur kat mana, membawa anak2 ayam pulang... Rezeki lagi..


Walau baru je potong 2 tandan pisang.. Yg akan masak the 1st pisang tanduk.. Tunggu hubby balik from outstation.. 



Dan ada satu pokok lagi, not sure pisang apa baru keluar jantung..


Belimbing juga.. That day my husband bff come over with his family. Ayah dia pon dtg sama. Dia just inform us pokok belimbing perlu 2 pokok. Kami hanya ada 1 pokok. Belimbing perlu debunga jantan dan debunga betina dlm process bendebungaan yg boleh dpt dengan 2 pokok. Alhamdulillah. Kami tinggal di kawasan kg, mungkin ada pokok belimbing berdekatan. Tak lama lagi boleh mkn belimbing and my husband keep inform us his childhood mkn ice cream belimbing.. Ice cream malaysia. Mcm sedap je dgr...


Salah satu makanan sunnah. Not sure mcm mana nak tahu dah masak ke belum.. Bercerita pasal pokok delima, bukan buahnya sahaja yg berguna.. Dulu, arwah ayah saya ambil akar delima ni semasa bulan mengambang pada hari selasa.. Mlm selasa utk jadikan ubat seperti cirit birit. Akar tu dikeringkan dan boleh simpan lama.. Gosok akar delima tadi guna periuk tanah dgn sedikit air. Minum air tersebut. Cirit birit akan hilang. Itu sahaja yg saya tau.. Jika ada yg arwah ayah tak ceritakan wallahualam.. 


Berbunga lebat.. Roselle.. Kalau buat air memang feveret faiz ni.. Tunggu mimmy rajin..


Ada lagi.. Terung masih berbuah.. Tak putus2.. Family, jiran2 dan some of friend dah dpt merasa.. Kami pon dah tak tau nak masak apa lagi... 


Yg baru berbuah juga petola. Ada satu pokok yg terselamat from ayam2 yg active tu.. 


Yang ni tak putus2 memberi hasil. Anytime nak mkn kangkung belacan ke, atau nak mkn maggie in the middle of the night.. Tak susah, keluar rumah terus petik. 

Alhamdulillah.. Betapa rezeki yg allah bagi itu tak terkira byknya..






No comments:

Post a Comment