Sunday, July 14, 2013

Ikan Rebus

Sape tak tau nak buat ikan rebus.. Mudah saja.. 


Ikan. Biasa org guna sardin/ selayang, selar, kembung, aye/ tongkol atau uji rashid/ lolong dan lain2. Ikan2 besar seperti tenggiri, ikan merah, siakap tak sesuai utk rebus.

Bersihkan ikan, siram dan selawat ke atas nabi. Amal2 selalu semasa membersih makanan.


Masukkan garam, asam keping  2 atau 3 keping dan air sehingga tenggelam ikan.


Masak api perlahan sehingga air separuh, atau sehingga air 1/5 utk ikan rebus thn lebih lama. Jangan sampai hangit!!! Hehehe

Boleh simpan dlm fridge utk kesenangan masa hadapan.. :)


No comments:

Post a Comment