Sunday, June 30, 2013

Kids Project 1 - Indoor Tent


Last school holiday, actually, i tak ingat cuti tgh berlangsung and this year is Faiz 1st year at tabika. Last year he is at taska permata, it like taska base.. So cuti 1 week sahaja. This time he is following normal school break. Haduii.. Rasa bersalah sgt.. Bila dah nak hujung school holiday baru ingat nak plan something utk dia tapi dah too late. Luckily at that time my mom was at my sister's house and Faiz spend few days with her.. And few days at his tok ma and tok pa's house. Hope he enjoy the holiday. Masa tu just harap that i can repay him with something one day. But not with expensive thing.. Hehehe.. So, I do some study, i think i found something that will make him happy.. Last time i bought this from ikea.. Tapi masa tu stay kat rumah flat, rumah kecik so, main kejap je.. Bila dah bukak, ada la part missing bila nak pasang balik. So this time i'm not going to buy anymore.. DIY will do.. So, the plan is to make an indoor tent for him and adik..  Last week, we discuss and make a plan.. Check on the tools and supply we have. Hubby think of using plastic pipe since we already have half of what we need.


So, this is the design. The design very simple, save cost.. If you want to spend more i think you can improve the design. But this is just enough for us. hihihi.. What we need is high quality plastic pipe with measurement and the joints part below:
4 x 2 ft
4 x 3 ft 
1 x 4 ft
2 T joint
4 L joint

We have decided to use 25mm PVC pipe with thick wall for structure strength vs cost effective.smaller size will compromise the structure integrity.usually any PVC pipe in hardware shop original length is 20 feet.and it is much cheaper to buy it as a single 20 feet length pvc pipe rather than buying in shorter length. Smaller size pipe will be cheaper.u can decide.


So, this is what we need.. Cost about RM28 not include the pipe that we already have. I think if you start from 0, all together is around RM40.


It's like doing puzzle, so we involve Faiz and let him built the structure


Surpisingly.. He enjoy doing it...


A few tap to the floor to tighten the part


With little help from hubby, the tent structure was successfully built.

Mummy look for the bedsheet and blanket... Hahaha.. Budget betul.. I hope this is for temporary. I have something in mind that i can do for next DIY project to improve the tent cover. Yea.. I need to use the blanket and bedsheet anyway.. Hahaha.. Tapi ape pon both of them enjoy staying at their new tent. 

That night, at the 1st time, Faiz tido sendiri dgn sukarela.. Bagus jugak benda ni.. Hahaha

Last sunday, keluar jln2 ke ace hardware to find something for our DIY project.. and found something for his tent..


Battery operated light.. Using 2 batteries with size D for RM15.00. I thought of doing something DIY, but, thinking of safety, i think this is good enough.

Hang it in the tent and switch off the room light. Enjoy the camping moment.. Hihihi



Keropok Lekor Favourite

Last week beli ikan sardin kat pasar seksyen 6 dlm rm10 sekilo. Keropok last week dah habis. Hari ni sempat ajak mama and papa untuk tunjuk jln ke pandamaran. Dgr2 ikan kat sana lebih murah. Dptlah dlm rm7 sekilo, tapi sizenye lebih kecil.. So, my conclusion tak de la murah mana and campur tolak masa ke sana and minyak keta.. Lebih kurang aje.. Yg pasti ikan mesti segar. So, nak buat keropok, org ckp guna ikan tamban.. Tapi ikan tu byk tulang. So, ikan sardin pon ok.

Bahan2 nak buat keropok lekor:

1 kg ikan sardin
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu teh garam


Siang ikan, bersihkan, siram dan selawat. Amal2kan selalu semasa memasak. :) 


Buang tulang ikan


Sebab ni homemade and small batch je.. Tumbuk je ikan tu sampai lumat. Tak perlu mesin2 bagai. kalau malas separa lumat pon boleh.. tak da hal.. Sekilo ikan tak byk mana pon dpt.. Dua kali tumbuk dah siap untuk lesung size paling besar le.. Hehehe.. Kalau lesung anda kecil.. Bersabar ye.. Hihihi


Dah lumat, masukkan tepung ubi kayu and garam


Gaul dan uli sehingga sebati. Kalau tak sure garam tu cukup ke tak.. Kena la rasa dan tambah garam ikut selera anda.. Mcm mana nak rasa ikan mentah?


Tip: untuk rasa keropok mentah.. goreng / rebus sikit utk rasa ok ke tak.. Hehehe


Lepas tu.. Gentel kepok kepada size yg anda suka. 


Goreng atau rebus. Kami suka goreng.. Eh silap hubby suka goreng.. I suka rebus tapi malas dah nak rebus.. 


Kalau ada lebih, boleh frozen. Boleh frozen yg mentah atau frozen yg dah masak(rebus) mcm terengganu punya tu.. Thn lagi lama kot.. tapi sbb daya tahan keropok at our house ni mcm chipsmore je.. So, simpan mentah aje lah.. 


Saturday, June 29, 2013

Nasi Kerabu Superb!!

Last week, even missing terengganu food so much, mcm mana pon tak lupa makanan negeri sendiri.. Hihihi.. Last week sempat buat 3 dish, keropok lekor, temosa ikan and nasi kerabu.. I think maybe it because from main bahan yg sama.. I bought 1 and half kg ikan sardin.. 1 kg make keropok lekor and the rest buat ikan rebus. Both temosa and nasi kerabu are using ikan rebus. I like nasi kerabu so much.. Nasi kerabu have few version, ada yg nasi berwarna biru and ada yg berwarna kuning. the biru color is from the flower we call bunga nasi kerabu. i just plant this pokok bunga nasi kerabu. will share the photo once the flower bloom. For the kuning version is from kunyit. All are using natural color. so not sure nasi kerabu yg warna biru kat luar sana mengguna kan natural colour or not.. I dont think so, mana nak dpt bunga tu kat sini? The sambal ikan nasi kerabu tu can keep for few week in fridge or months if frozen. So, if you make nasi kerabu, make extra the sambal ikan and boleh mkn time emergency when you dont have time to cook or kemalasan melanda diri.. Hehehe... Once you have the sambal ikan, the rest will be easy to prepare. You just need the ulam and bilis souce. That the simplest way to eat nasi kerabu. Tapi, kalau dah mkn nasi kerabu tu, tak sah kalau tak de telur masin, keropok keping, solok lada, ikan goreng tepung or daging/ ayam bakar.. Mmm tepuk dada tanya selera. So, for this post i will share my nasi kerabu recipe 1st. Makanan from negeri sendiri dulu.. Hihihi

Sambal ikan recipe

Supply:
3 atau 4 ekor Ikan rebus, buang tulang
Sebiji kelapa parut goreng, i use ready kelapa parut goreng, if not, you have to prepare the kelapa parut 1st.
2 batang serai - potong halus
1 inci halia
2 biji bawang putih
6 biji bawang merah kecil
1/2 gula melaka / nise 
Garam dan gula secukup rasa.

Masukkan sedikit garam dan gula ke dalam lesung (tip: masuk garam /gula adalah utk elakkan permukaan lesung jadi licin, senang nak tumbuk and akan menyerap rasa ke dlm bhn2 semasa di tumbuk, jadi masakan lebih sedap.. hehehe ) tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. Masukkan gula melaka. Tumbuk lagi sehingga sekata. Kemudian masukkan isi ikan rebus. Lagi sekali tumbuk lagi sehingga lumat dan sekata. 


Akan jadilah paste mcm gambar kat bawah ni.


Masukkan paste ke dlm kelapa goreng dan gaul sehingga sekata. Rasa sambal tu and tambah garam dan gula secukupnya jika perlu.


Sambal ikan dah siap!!! (Tip: utk sambal ikan tahan lebih lama, goreng dgn kuali di atas api perlahan sekejap. Biarkan sejuk dan simpan terus bahagian yg nak simpan ke dalam fridge or frozen utk lebih lama) 

Utk makan dgn nasi kerabu, my hubby suka mkn with kuah tumis. My own version of kuah tumis. So, kena la masak tumis ni.. Actuallykan.. I'm not sure which one is the real tumis yg kelantanese mkn dgn nasi kerabu tu.. My mom masak nasi kerabu selalu tak de tumis. Yg kat kedai tu, biasakn bungkus je kan, atau dah bungkus siap2. how do i know which tumis version yg diorg guna. Ada kata letak budu la.. entah mcm2 version la.. Hihihi.. Tak pe la.. Dah gaul2 nasi kerabu tu sodap jugak jadinye.. Hahaha..  So, this is my tumis recipe. Sedap tau.. Hihi

Tumis Recipe


Bahan2:
Santan pekat - utk jimat masa memasak
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
5 biji bawang merah
2 biji putih
2 sudu cili giling or 6-10 biji cili kering
3 batang serai - dititik
1/2 - 1 gula melaka 
4 keping asam keping
Garam gula secukupnya

Bland semua bahan diatas kecuali serai, gula melaka dan asam keping.. Habis la masam gilerr kalau bland asam keping ni sekali.. Hahaha.. (Tip: Utk jimatkan time masak utk jadi pekat, guna kepala santan dan bland bahan2 dgn santan tersebut. Jangan guna air). Kemudian campakkan semua bhn2 tersebut ke dlm periuk dan masak sehingga mendidih. Tambah garam gula secukupnya. Biarkan seketika, sehingga kepekatan yg anda nak. Dah siap!! 


Ha hah.. Jangan lupa ulam2.. Bila tulis ni dah panjang lebar.. Macam leceh rupanya kan? Hihihi.. Tapi ada a few tips utk jadikan nasi kerabu ni ringkas sebenarnya.. Last sekali kita kumpul2 kan tips tu nanti.. 

Ulam-ulaman
Ulam senang je, semua fresh. Tak perlu masak.


Ulam2 yg biasa saya guna ialah kobis, kacang panjang, bunga kantan, timun dan daun kesum. Kalau ingat beli taugeh.. Selalunya ingat2 lupa.. hehehe.. Kalau nak lebih ulam, boleh tambah je apa2 ulam. Ada yg guna kacang botol, pucuk gajus dan lain2 lagi ikut selero masing2. 

Potong je halus2 ulam2 tersebut. Kalau nak split, split kan sbb ada org pilih ulam mana nak mkn.. Kalau org itu adalah anda, potong je ulam yg anda mkn sahaja.. Hahaha..  Kalau tak, gaulkan je sekali. Senang nak mkn.


Jangan lupa B.U.D.U dan sambal lado... Hehehe.. 

Yang penting sekali nasik juga telah di masak ye.. Tak perlu warna biru ke kuning kalau guna pewarna. Pewarna tu tak menyebabkan nasi tu sedap pon. Nasi putih pon jadi.. :)

Ini dia tip2 memudahkan kerja membuat nasi kerabu:

1. Prepare kelapa goreng awal2.. Kelapa goreng thn lama simpan frozen. Atau kalau anda org kelantan, beli je kelapa goreng yg dah siap.. Memang ada jual kat pasar. Kalau anda bukan org kelantan, kirim je kat org kelantan dan frozen. Hihihi
2. Kat dapur org kelantan sentiasa ada ikan rebus. Ikan rebus ni byk guna. Maybe one day i nak collect makanan yg guna ikan rebus ni. So, kalau anda terasa nak mkn nasi kerabu, ikan rebus ni bleh prepare awal jugak. Selalunya, saya buat stok. Rebus and simpan kat fridge. Senang. Nak je dah ada. Time tak de pape nak mkn, ikan rebus goreng garing and nasi panas.. Wooo.. Superb!! Kalah nasi kerabu neyy.. 
3. Sambal cili. Pon sama, boleh prepare siap2.. Actually kat our fridge memang sentiasa ada sambal cili ni. 24x7 365. Sambal cili ni pon byk gunanya. My hubby dah terrer buat sambal cili mcm my mom buat. Berbulan2 thn lamanya.. Maybe boleh jugak kongsi kat sini nanti. 
4. Make it simple. Tehehehe... 






Sunday, June 23, 2013

Rindu Makanan Terengganu


Keropok lekor terengganu and temosa ikan ( gambat google)

Love them, love them so much.. Especially food yg tak dpt jumpa kat negeri lain seperti keropok lekor dan temosa ikan. Dulu selalu buat kerja gilerr.. Kalau teringin sgt nak mkn keropok lekor, drive sampai ke kelulut semata2 nak beli keropok lekor. Kelulut ni paling dekat boleh dpt keropok lekor terengganu yg sedap. Itu pon dah sampai dungun. Kalau nasib baik ada yg nak ke terengganu boleh la kirim. Mesti kirim byk2 buat stok.. never jemu.. huhuhu.. Hari tu ada akak yg jual keropok lekor from bukit tok beng. Dia jual kat pasar seksyen 6, shah alam. Air flown fresh from sana. Harganya dlm rm10 for 500g. Siapa yg teringin boleh pergi pasar seksyen 6. So far bila i pergi pasar, selalu je jumpa akak tu.. Sengeh aje la..  taula i ni.. Nak keluar duit tu.. Huhuhu.. Duit terlekat dlm poket.. Nak2 kalau tahu harga dia yg sebenar.. Tak kira la air flown ke.. Ha ha.. Mcm mana susah pon, i akan cuba buat sendiri.. Never give up punya lah.. Ini lah project2 yg akan dibuat kat rumah. So, for both keropok lekor and temosa ikan, i will share the resepi in my next post.. Lepas ni tak payah nak drive sampai terengganu lagi semata2 teringin keropok lekor. Keropok yg ada kat kl ni? Errrrkkk.. 

Saturday, June 22, 2013

Kids Reals Experience

Salah satu sebb bela ayam dan puyuh ni nak bagi real experience pada anak2. Takut anak2 tak kenal real ayam. yg tahu ayam kfc.. hehehe... Nanti nak tgk ayam kena bawak anak2 ke zoo negara pulak. Lagi satu, nak elakkan diorg terlalu bergantung dengan gadget utk bermain. Ipad je 24 jam.. Naik berbulu mata. Nak mintak tolong sikit pon malas nak gerak. Hehehe.

Walau bagaimanapun, anak2 memang suka dgn ayam ni. Salah satu cara nak jadikan ayam2 ni jinak, kita kena main dgn ayam2 ni.. Ha bab ni diorg memang memainkan peranan yg penting dalam membela ayam ni.. Tak kuasa la pulak mak nak main ngan anak2 ayam tu..hihi

Kebiasaan anak ayam yg kami beli berumur dlm 1 minggu. Masa ni budak2 memang suka la.. Budak 2 org ni ambik peluang untuk main. Especially abg. Maybe sbb abang dah besar. Dah tahu kontrol mcm mana nak pegang anak2 ayam tu. Kemana saja dia pergi bawak ayam tu.. Ada sekali tu, nak pergi kedai pon bawak anak ayam.. Hahaha.. Mcm tu la.. Kambung boy.. 

Kalau beli anak ayam yg baru, anak ayam lah teman dia bermain.. Main masak2, bagi ayam mkn.. Hihihi.. Naik basikal dlm rumah, letak anak ayam dalam bakul, konon bawak anak ayam jalan2.. Beza anak ayam and puyuh, puyuh tak boleh biarkan. Puyuh akan terbang. Dah berapa ekor burung puyuh terlepas, sbb dia ingat mcm ayam.. Ada sekali main2 sampai tertidor, apa lagi, terbang la puyuh tu dgn senang hati.. Tapi itulah real experience yg saya nak anak lalui. Walaupon marah puyuh tu terlepas, tapi pengalaman yg dia lalui sendiri adalah amat berharga. 

Sekarang puyuh pon dah bertelur.. Anak ayam pon dah 4 atau 5 kali kami beli.. Dah dpt merasa mkn ayam bela sendiri. 1st time sembelih, pengalamn yg tak dpt dilupa, abg nangis almost 1 hour sebb sedih ayam kena sembelih. Terpaksalah explain panjang lebar dan pujuk dia beli anak ayam baru.. Dia cepat faham, lepas pujuk tu terus nak mkn ayam kampung goreng.. Hahaha

Teman mesra tapi rapit
Tangan abang pon sama tembam ngan anak ayam da..
Sedang elok je level reban puyuh tu ngan adik.. Hobi dia kacau puyuh.. Hehehe
Tu!!! Telur puyuh.. Comelkan?
Hari ni, anak2 buah join sekali, seronok la abang dan adik ada kwn. main kat luar ngan anak2 ayam dan mengejar ayam dewasa.. hihihi..


Hubby, just come back from jadi pickers.. Bawak balik tutup saji.. Konon nak buat cover anak pokok, dah jadi alat diorg utk kejar ayam.. Hahaha.. Gilerr laju lari.. Semput ayam2 tu..

Team work.. hahaha.. Terpaksa la campur tangan melayan anak2 buah tangkap ayam sampai dpt...
Dah dpt sekor.. Ayam kg bakar pon sodap ni.. 
Posing la.. Apa lgi..

Sekor sorg.. 

"Ni bukan mati la.. Anak ayam tido la mimmy".. Iyolah... Mati bayar balik rm3.. Hahaha



Friday, June 21, 2013

Mee Jawa

Kali ini kami akan berkongsi resepi mee jawa.. ngeh ngeh ngeh... Ni satu lagi makanan kegemaran hubby. Ingat tak paste laksa katong? kita guna je paste tu kasi jadi kuah mee jawa. Saya guna dlm 1/3 dari yg buat laksa dulu. kalau baru nak buat from scratch, buat lebih dan frozen.. So, dah boleh guna utk 2 resepi.. Hihihi

Untuk laksa katong, kita masukkan santan untuk kuah, tapi untuk mee jawa, kita masukkan mash ubi keledek and air.

So, rebus dulu 1kg keledek sehingga masak, kemudian blander dgn air dan tapis. Tumis sedikit bawang bersama star anise, kayu manis dan paste laksa katong, apabila dah naik bau, masukkan mash keledek tadi. Tambah air ikut kepekatan yg anda suka. masak sehingga mendidih. Siap..

Bland dan tapis keledek yg telah direbus
Tumis paste bersama sedikit bawang besar, star anis dan kayu manis.

Garam dan gula secukupnya. Masukkan air ikut kepekatan yg anda suka
Bahan2 utk letak semasa mkn:
Daun sup
Cili merah
Sawi celur
Taugeh
Tauhu goreng, cekodok sayur dan di potong
Bawang goreng
Telur rebus - kami variasi dgn telur puyuh fresh from reban :)
Daging rebus dan di potong nipis
Limau nipis utk yg suka sedikit masam
Yammehh!!



Bela Ayam dan Puyuh

Kalau kat lembah pantai ni, ayam adalah sumber protein yg utama. kat dlm fridge mesti ada ayam. hehehe. Since dah ada space, kawasan kampung yg sesuai bela ayam, jadi kami bela ayam sendiri. boleh mkn and give real experience to our kids.

Kami bela ayam secara free range. mlm2 masuk reban, pagi2 lepaskan. biar je diorang bebas cari mkn sendiri. jimat. pagi2 sebelum pergi kerja, sempat tgk diorg berkejaran kejar serangga.. hihihi.. what a satisfaction. petang2 anak balik, anak2 pulak yg kejar ayam tu. hehehe. jadi dpt la kurangkan sikit anak2 dok mengadap ipad.


 Gambar kat atas & bawah ni, waktu tgh hari, ayam2 dok santai bawah2 pokok.


Mengeram :)


Reban ayam yg comel bawah ni, adalah reban anak2 ayam hutan. 4 ekor semuanya. kdg2 dia masuk reban, kdg2 jumpa tido kat penyidai.. hihihi.. tak sesuai dok kat banglo agaknya.. 


Bawah ni pulak reban puyuh. Tak boleh nak free range, walau dah free kan beberapa ekor sbb terlepas anak2 main. dah bertelur.. activity ptg2 kutip telur puyuh. 
satu lagi sumber food. alhamdulillah


Semi-d ni utk ayam2 yg dah besar dan boleh free range. 


Yang kecik ni utk besarkan dulu anak2 ayam sebelum mereka boleh free range dan dipindahkan ke semi-d.


Dengan kehadiran ayam2 ni, kami ada tempat utk share leftover, mkanan yg dah rosak. ha satu lagi, taik ayam dan puyuh ni kami jadikan baja semula jadi. hehehe.. tak payah beli baja kat luar dah. jimat lagi :)