Showing posts with label sedap. Show all posts
Showing posts with label sedap. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Nasi Goreng Ikan Turun Temurun

Kalau buat nasi goreng, memang tak de nasi goreng lain yg i tahu.. Inilah dia my feveret nasi goreng and memang ini resepi my mum. So dari kecik mkn nasi goreng mcm ni. Kalau mkn nasi goreng lain, saya mesti tak puas hati. Dengan perasannya saya rasa nasi goreng ni lain dari yg lain dan tak kan jumpa kat kedai. Hehehe...  Bila saya kahwin ngan hubby, he said this is the 1st time dia mkn dan jumpa nasi goreng letak ikan. Bukan nasi goreng dgn leftover ikan tu.. Sikit pon tak sama tau.. Hehehe


Bahan:
6 senduk nasi
1 1/2 @ 2 ekor ikan rebus
2 biji telur
5 ulas bawang merah - ditumbuk/ hiris
2 ulas bawang putih - ditumbuk/ hiris
Garam secukup rasa
Cili giling - optional
Vege - optional

Cara2 :
1. Ikan rebus, buang tulang dan goreng dalam minyak sedikit. Hancur2kan ikan dengan senduk. Goreng sehingga kekuningan dan angkat.
2. Goreng telur hancur dan angkat
3. Tumis bawang merah dan putih (termasuk gili giling) sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, ikan goreng dan telur goreng hancur (termasuk vege). Kacau.
5. Masukkan nasi dan kacau lagi hingga rata.

Siap!!


Nasi goreng ikan ni sgt sesuai utk budak2. Sedap dan berkhasiat. :)


Saturday, July 13, 2013

Pizza Mudah dan Sedap

Ni resepi paling sempoi.. Senang dan sedap. Hubby and anak2 suka. Resepi nak buat doh yg senang sebb potion yg sedikit. So, kalau tak de pengacau doh pon.. Rileks je la.. Budak2 pon boleh buat ni.. Tak penat pon nak uli.. Kalau nak buat dlm quantiti yg byk, saya cadangkan stick je ngan sukatan tu tapi buat byk kali.. So tak penat nak uli. 

Bahan2 utk buat doh

250g gandum
1 sudu butter or margerin
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu yis segera
Garam secukup rasa
125ml air



Masukkan bahan. Gaul dulu gandum, gula, garam, susu, butter dan yis. Kemudian masukkan air dan uli.


Kalau anda ada oven besar, doh tu dpt buat pizza large size.. Boleh la buat sebiji besar terus.. If not, boleh bahagi kepada size yg anda suka. Kalau bahagi 4 jadi personal pizza size.. Saya bahagi dgn 4. Itu pon tak habis semua. Faiz and adik 1 pizza.  Me and hubby 2 pizza. 3 pizza je dah cukup.


Tutup doh dgn kain lembap dan biar 30 minit.


Selepas itu boleh la leperkan doh mengikut ketebalan yg anda suka. Taburkan sedikit tepung supaya tak melekat. Kalau anda tak de pin penggelek pon tak mengapa. Bukan satu alasan. Tekan2 doh dgn hujung jari mengikut bentuk dan ketebalan yg anda suka. That how i do sebelum beli pin penggelek. 

Kalau suka thin crust, buat nipis2. 

Pasal tepi pizza, kami tak suka tepi pizza tu.. Kalau mkn kat pizza hut, tepi pizza tu potong, tak mkn. So, kami leperkan flat je.. So tak payah ada tepi pizza.. Ngeh ngeh


Dah siap gelek, masak dulu dlm oven lebih kurang 5 minit pada suhu 190. Utk pizza kecik tu la.. Kalau tak, bakar sehingga masak. Tapi jgn sampai warna perang. Mcm roti nan pon ada. Boleh cicah sambal. Sodap!!!


Utk sos, kalau anda ada masa, boleh buat homemade tomato sos. Tapi.. Almaklumlah.. Jiwa melayu, tomato mana layan.. Jadi kami guna

1. Mayonese. 
2. Sos cili brand kesukaan
3. Sos lada hitam. Pape brand. kami guna brand AZAD, beli dari kedai Ramly. Sos lada hitam ni org selalu guna utk burger tepi jln.


Letak ketiga2 sos. Hehehe


Boleh taruk pape topping yg anda suka. Pape saje boleh buat topping. serlahkan kemelayuan pizza anda.. hahaha.. List topping yg senang dan biasa ada dlm almari dapur anda:
1. Bawang
2. Tomato
3. Cendawan
4. Cili
5. Ayam - cincang/ potong kecil2,  masak dulu ikut suka perasa anda.. Sambal tumis pon boleh..
6. Daging sama mcm ayam masak dulu
7. Hotdog
8. Sardin
9. Ikan bilis
10. Telur
11. Crabstick
12. Seafood - udang, sotong
11. Tuna dlm tin yg pelbagai perisa tu.. Mild, chilli tuna. Kami selalu beli tuna in water. Spare kalau2 nak buat sushi or sandwich.


Dah taruk topping kesukaan anda, sprinkle mozarella cheese and cheddar(kalau ada) as much as you like.. ;) 


Bakar sampai tepi warna perang.


Pizza hotdog and cendawan.


Pizza ayam shawarma


Pizza hotdog.. Dan mcm2 lagi. Utk budak2.. Cukup guna mayonis utk sos, bersama toping kegemaran anak and lots of cheese.. Hehehe


Kalau ada pizza base yg lebih.. Bakar siap2 and simpan dlm freezer. Lepas ni mkn pizza 10 minutes dah siap. Kami memang sengaja lebihkan.. Simpan siap2. Buat sahur bangun kul 5.15am masih sempat mkn.. Hehehe




Temosa Ikan

Kalau tgk makanan teregganu or kelantan, memang byk yg guna ikan. Maybe sbb dekat ngan pantai kot.. Atau dulu2 ikan ni sumber protein yg murah. Tak caya dalm karipap pon nak taruk ikan. Bila pikir, baguskan. Kalau saya kat kg, asyik2 ikan. Ikan adalah lauk utama. Gulai sayur pon taruk isi ikan. Nasi goreng pon taruk ikan.  Saya nak famili saya, suami and anak2 suka ikan. kalau kat key el ni ada seminggu tak jumpa ikan pon tak kesah.  asyik2 ayam. Lepas ni kena pikir tektik supaya diorg ni suka ikan as much as i do. Heh heh..

Utk buat temosa, buat inti terlebih dahulu. Sbb ambik masa masak inti sampai kering. 

Bahan2 inti:

3 ekor ikan rebus
3 ulas Bawang merah 
Seinci Halia
Secawan santan
Garam gula secukupnya.


Hiris bawang merah dan halia


Buang tulang ikan rebus dan tumbuk isi ikan sehingga lumat


Masukkan semua bahan dan masak sehingga kering. Jgn lupa ikan rebus dah masin. Rasa dulu sebelum tambah garam.


Inti yg sudah siap. Kecik pulak gambar ni.. 


Bahan2 doh:

250g gandum
1 cawan air panas
1/2 cawan minyak sayuran/ minyak masak
Secubit garam


Campurkan semua bahan dan uli doh.


Guna acuan karipap.


Macam karipap je... Not sure why they call temosa. 


Goreng. Siap!! 

Macam biasa, kalau ada lebih simpan dalm fridge utk kesenangan masa hadapan. Hehehe..



Sunday, June 30, 2013

Keropok Lekor Favourite

Last week beli ikan sardin kat pasar seksyen 6 dlm rm10 sekilo. Keropok last week dah habis. Hari ni sempat ajak mama and papa untuk tunjuk jln ke pandamaran. Dgr2 ikan kat sana lebih murah. Dptlah dlm rm7 sekilo, tapi sizenye lebih kecil.. So, my conclusion tak de la murah mana and campur tolak masa ke sana and minyak keta.. Lebih kurang aje.. Yg pasti ikan mesti segar. So, nak buat keropok, org ckp guna ikan tamban.. Tapi ikan tu byk tulang. So, ikan sardin pon ok.

Bahan2 nak buat keropok lekor:

1 kg ikan sardin
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu teh garam


Siang ikan, bersihkan, siram dan selawat. Amal2kan selalu semasa memasak. :) 


Buang tulang ikan


Sebab ni homemade and small batch je.. Tumbuk je ikan tu sampai lumat. Tak perlu mesin2 bagai. kalau malas separa lumat pon boleh.. tak da hal.. Sekilo ikan tak byk mana pon dpt.. Dua kali tumbuk dah siap untuk lesung size paling besar le.. Hehehe.. Kalau lesung anda kecil.. Bersabar ye.. Hihihi


Dah lumat, masukkan tepung ubi kayu and garam


Gaul dan uli sehingga sebati. Kalau tak sure garam tu cukup ke tak.. Kena la rasa dan tambah garam ikut selera anda.. Mcm mana nak rasa ikan mentah?


Tip: untuk rasa keropok mentah.. goreng / rebus sikit utk rasa ok ke tak.. Hehehe


Lepas tu.. Gentel kepok kepada size yg anda suka. 


Goreng atau rebus. Kami suka goreng.. Eh silap hubby suka goreng.. I suka rebus tapi malas dah nak rebus.. 


Kalau ada lebih, boleh frozen. Boleh frozen yg mentah atau frozen yg dah masak(rebus) mcm terengganu punya tu.. Thn lagi lama kot.. tapi sbb daya tahan keropok at our house ni mcm chipsmore je.. So, simpan mentah aje lah.. 


Friday, June 21, 2013

Mee Jawa

Kali ini kami akan berkongsi resepi mee jawa.. ngeh ngeh ngeh... Ni satu lagi makanan kegemaran hubby. Ingat tak paste laksa katong? kita guna je paste tu kasi jadi kuah mee jawa. Saya guna dlm 1/3 dari yg buat laksa dulu. kalau baru nak buat from scratch, buat lebih dan frozen.. So, dah boleh guna utk 2 resepi.. Hihihi

Untuk laksa katong, kita masukkan santan untuk kuah, tapi untuk mee jawa, kita masukkan mash ubi keledek and air.

So, rebus dulu 1kg keledek sehingga masak, kemudian blander dgn air dan tapis. Tumis sedikit bawang bersama star anise, kayu manis dan paste laksa katong, apabila dah naik bau, masukkan mash keledek tadi. Tambah air ikut kepekatan yg anda suka. masak sehingga mendidih. Siap..

Bland dan tapis keledek yg telah direbus
Tumis paste bersama sedikit bawang besar, star anis dan kayu manis.

Garam dan gula secukupnya. Masukkan air ikut kepekatan yg anda suka
Bahan2 utk letak semasa mkn:
Daun sup
Cili merah
Sawi celur
Taugeh
Tauhu goreng, cekodok sayur dan di potong
Bawang goreng
Telur rebus - kami variasi dgn telur puyuh fresh from reban :)
Daging rebus dan di potong nipis
Limau nipis utk yg suka sedikit masam
Yammehh!!