Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Pizza Mudah dan Sedap

Ni resepi paling sempoi.. Senang dan sedap. Hubby and anak2 suka. Resepi nak buat doh yg senang sebb potion yg sedikit. So, kalau tak de pengacau doh pon.. Rileks je la.. Budak2 pon boleh buat ni.. Tak penat pon nak uli.. Kalau nak buat dlm quantiti yg byk, saya cadangkan stick je ngan sukatan tu tapi buat byk kali.. So tak penat nak uli. 

Bahan2 utk buat doh

250g gandum
1 sudu butter or margerin
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu yis segera
Garam secukup rasa
125ml air



Masukkan bahan. Gaul dulu gandum, gula, garam, susu, butter dan yis. Kemudian masukkan air dan uli.


Kalau anda ada oven besar, doh tu dpt buat pizza large size.. Boleh la buat sebiji besar terus.. If not, boleh bahagi kepada size yg anda suka. Kalau bahagi 4 jadi personal pizza size.. Saya bahagi dgn 4. Itu pon tak habis semua. Faiz and adik 1 pizza.  Me and hubby 2 pizza. 3 pizza je dah cukup.


Tutup doh dgn kain lembap dan biar 30 minit.


Selepas itu boleh la leperkan doh mengikut ketebalan yg anda suka. Taburkan sedikit tepung supaya tak melekat. Kalau anda tak de pin penggelek pon tak mengapa. Bukan satu alasan. Tekan2 doh dgn hujung jari mengikut bentuk dan ketebalan yg anda suka. That how i do sebelum beli pin penggelek. 

Kalau suka thin crust, buat nipis2. 

Pasal tepi pizza, kami tak suka tepi pizza tu.. Kalau mkn kat pizza hut, tepi pizza tu potong, tak mkn. So, kami leperkan flat je.. So tak payah ada tepi pizza.. Ngeh ngeh


Dah siap gelek, masak dulu dlm oven lebih kurang 5 minit pada suhu 190. Utk pizza kecik tu la.. Kalau tak, bakar sehingga masak. Tapi jgn sampai warna perang. Mcm roti nan pon ada. Boleh cicah sambal. Sodap!!!


Utk sos, kalau anda ada masa, boleh buat homemade tomato sos. Tapi.. Almaklumlah.. Jiwa melayu, tomato mana layan.. Jadi kami guna

1. Mayonese. 
2. Sos cili brand kesukaan
3. Sos lada hitam. Pape brand. kami guna brand AZAD, beli dari kedai Ramly. Sos lada hitam ni org selalu guna utk burger tepi jln.


Letak ketiga2 sos. Hehehe


Boleh taruk pape topping yg anda suka. Pape saje boleh buat topping. serlahkan kemelayuan pizza anda.. hahaha.. List topping yg senang dan biasa ada dlm almari dapur anda:
1. Bawang
2. Tomato
3. Cendawan
4. Cili
5. Ayam - cincang/ potong kecil2,  masak dulu ikut suka perasa anda.. Sambal tumis pon boleh..
6. Daging sama mcm ayam masak dulu
7. Hotdog
8. Sardin
9. Ikan bilis
10. Telur
11. Crabstick
12. Seafood - udang, sotong
11. Tuna dlm tin yg pelbagai perisa tu.. Mild, chilli tuna. Kami selalu beli tuna in water. Spare kalau2 nak buat sushi or sandwich.


Dah taruk topping kesukaan anda, sprinkle mozarella cheese and cheddar(kalau ada) as much as you like.. ;) 


Bakar sampai tepi warna perang.


Pizza hotdog and cendawan.


Pizza ayam shawarma


Pizza hotdog.. Dan mcm2 lagi. Utk budak2.. Cukup guna mayonis utk sos, bersama toping kegemaran anak and lots of cheese.. Hehehe


Kalau ada pizza base yg lebih.. Bakar siap2 and simpan dlm freezer. Lepas ni mkn pizza 10 minutes dah siap. Kami memang sengaja lebihkan.. Simpan siap2. Buat sahur bangun kul 5.15am masih sempat mkn.. Hehehe




Temosa Ikan

Kalau tgk makanan teregganu or kelantan, memang byk yg guna ikan. Maybe sbb dekat ngan pantai kot.. Atau dulu2 ikan ni sumber protein yg murah. Tak caya dalm karipap pon nak taruk ikan. Bila pikir, baguskan. Kalau saya kat kg, asyik2 ikan. Ikan adalah lauk utama. Gulai sayur pon taruk isi ikan. Nasi goreng pon taruk ikan.  Saya nak famili saya, suami and anak2 suka ikan. kalau kat key el ni ada seminggu tak jumpa ikan pon tak kesah.  asyik2 ayam. Lepas ni kena pikir tektik supaya diorg ni suka ikan as much as i do. Heh heh..

Utk buat temosa, buat inti terlebih dahulu. Sbb ambik masa masak inti sampai kering. 

Bahan2 inti:

3 ekor ikan rebus
3 ulas Bawang merah 
Seinci Halia
Secawan santan
Garam gula secukupnya.


Hiris bawang merah dan halia


Buang tulang ikan rebus dan tumbuk isi ikan sehingga lumat


Masukkan semua bahan dan masak sehingga kering. Jgn lupa ikan rebus dah masin. Rasa dulu sebelum tambah garam.


Inti yg sudah siap. Kecik pulak gambar ni.. 


Bahan2 doh:

250g gandum
1 cawan air panas
1/2 cawan minyak sayuran/ minyak masak
Secubit garam


Campurkan semua bahan dan uli doh.


Guna acuan karipap.


Macam karipap je... Not sure why they call temosa. 


Goreng. Siap!! 

Macam biasa, kalau ada lebih simpan dalm fridge utk kesenangan masa hadapan. Hehehe..



Sunday, June 30, 2013

Keropok Lekor Favourite

Last week beli ikan sardin kat pasar seksyen 6 dlm rm10 sekilo. Keropok last week dah habis. Hari ni sempat ajak mama and papa untuk tunjuk jln ke pandamaran. Dgr2 ikan kat sana lebih murah. Dptlah dlm rm7 sekilo, tapi sizenye lebih kecil.. So, my conclusion tak de la murah mana and campur tolak masa ke sana and minyak keta.. Lebih kurang aje.. Yg pasti ikan mesti segar. So, nak buat keropok, org ckp guna ikan tamban.. Tapi ikan tu byk tulang. So, ikan sardin pon ok.

Bahan2 nak buat keropok lekor:

1 kg ikan sardin
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu teh garam


Siang ikan, bersihkan, siram dan selawat. Amal2kan selalu semasa memasak. :) 


Buang tulang ikan


Sebab ni homemade and small batch je.. Tumbuk je ikan tu sampai lumat. Tak perlu mesin2 bagai. kalau malas separa lumat pon boleh.. tak da hal.. Sekilo ikan tak byk mana pon dpt.. Dua kali tumbuk dah siap untuk lesung size paling besar le.. Hehehe.. Kalau lesung anda kecil.. Bersabar ye.. Hihihi


Dah lumat, masukkan tepung ubi kayu and garam


Gaul dan uli sehingga sebati. Kalau tak sure garam tu cukup ke tak.. Kena la rasa dan tambah garam ikut selera anda.. Mcm mana nak rasa ikan mentah?


Tip: untuk rasa keropok mentah.. goreng / rebus sikit utk rasa ok ke tak.. Hehehe


Lepas tu.. Gentel kepok kepada size yg anda suka. 


Goreng atau rebus. Kami suka goreng.. Eh silap hubby suka goreng.. I suka rebus tapi malas dah nak rebus.. 


Kalau ada lebih, boleh frozen. Boleh frozen yg mentah atau frozen yg dah masak(rebus) mcm terengganu punya tu.. Thn lagi lama kot.. tapi sbb daya tahan keropok at our house ni mcm chipsmore je.. So, simpan mentah aje lah.. 


Sunday, June 23, 2013

Rindu Makanan Terengganu


Keropok lekor terengganu and temosa ikan ( gambat google)

Love them, love them so much.. Especially food yg tak dpt jumpa kat negeri lain seperti keropok lekor dan temosa ikan. Dulu selalu buat kerja gilerr.. Kalau teringin sgt nak mkn keropok lekor, drive sampai ke kelulut semata2 nak beli keropok lekor. Kelulut ni paling dekat boleh dpt keropok lekor terengganu yg sedap. Itu pon dah sampai dungun. Kalau nasib baik ada yg nak ke terengganu boleh la kirim. Mesti kirim byk2 buat stok.. never jemu.. huhuhu.. Hari tu ada akak yg jual keropok lekor from bukit tok beng. Dia jual kat pasar seksyen 6, shah alam. Air flown fresh from sana. Harganya dlm rm10 for 500g. Siapa yg teringin boleh pergi pasar seksyen 6. So far bila i pergi pasar, selalu je jumpa akak tu.. Sengeh aje la..  taula i ni.. Nak keluar duit tu.. Huhuhu.. Duit terlekat dlm poket.. Nak2 kalau tahu harga dia yg sebenar.. Tak kira la air flown ke.. Ha ha.. Mcm mana susah pon, i akan cuba buat sendiri.. Never give up punya lah.. Ini lah project2 yg akan dibuat kat rumah. So, for both keropok lekor and temosa ikan, i will share the resepi in my next post.. Lepas ni tak payah nak drive sampai terengganu lagi semata2 teringin keropok lekor. Keropok yg ada kat kl ni? Errrrkkk.. 

Friday, June 21, 2013

Mee Jawa

Kali ini kami akan berkongsi resepi mee jawa.. ngeh ngeh ngeh... Ni satu lagi makanan kegemaran hubby. Ingat tak paste laksa katong? kita guna je paste tu kasi jadi kuah mee jawa. Saya guna dlm 1/3 dari yg buat laksa dulu. kalau baru nak buat from scratch, buat lebih dan frozen.. So, dah boleh guna utk 2 resepi.. Hihihi

Untuk laksa katong, kita masukkan santan untuk kuah, tapi untuk mee jawa, kita masukkan mash ubi keledek and air.

So, rebus dulu 1kg keledek sehingga masak, kemudian blander dgn air dan tapis. Tumis sedikit bawang bersama star anise, kayu manis dan paste laksa katong, apabila dah naik bau, masukkan mash keledek tadi. Tambah air ikut kepekatan yg anda suka. masak sehingga mendidih. Siap..

Bland dan tapis keledek yg telah direbus
Tumis paste bersama sedikit bawang besar, star anis dan kayu manis.

Garam dan gula secukupnya. Masukkan air ikut kepekatan yg anda suka
Bahan2 utk letak semasa mkn:
Daun sup
Cili merah
Sawi celur
Taugeh
Tauhu goreng, cekodok sayur dan di potong
Bawang goreng
Telur rebus - kami variasi dgn telur puyuh fresh from reban :)
Daging rebus dan di potong nipis
Limau nipis utk yg suka sedikit masam
Yammehh!!



Bela Ayam dan Puyuh

Kalau kat lembah pantai ni, ayam adalah sumber protein yg utama. kat dlm fridge mesti ada ayam. hehehe. Since dah ada space, kawasan kampung yg sesuai bela ayam, jadi kami bela ayam sendiri. boleh mkn and give real experience to our kids.

Kami bela ayam secara free range. mlm2 masuk reban, pagi2 lepaskan. biar je diorang bebas cari mkn sendiri. jimat. pagi2 sebelum pergi kerja, sempat tgk diorg berkejaran kejar serangga.. hihihi.. what a satisfaction. petang2 anak balik, anak2 pulak yg kejar ayam tu. hehehe. jadi dpt la kurangkan sikit anak2 dok mengadap ipad.


 Gambar kat atas & bawah ni, waktu tgh hari, ayam2 dok santai bawah2 pokok.


Mengeram :)


Reban ayam yg comel bawah ni, adalah reban anak2 ayam hutan. 4 ekor semuanya. kdg2 dia masuk reban, kdg2 jumpa tido kat penyidai.. hihihi.. tak sesuai dok kat banglo agaknya.. 


Bawah ni pulak reban puyuh. Tak boleh nak free range, walau dah free kan beberapa ekor sbb terlepas anak2 main. dah bertelur.. activity ptg2 kutip telur puyuh. 
satu lagi sumber food. alhamdulillah


Semi-d ni utk ayam2 yg dah besar dan boleh free range. 


Yang kecik ni utk besarkan dulu anak2 ayam sebelum mereka boleh free range dan dipindahkan ke semi-d.


Dengan kehadiran ayam2 ni, kami ada tempat utk share leftover, mkanan yg dah rosak. ha satu lagi, taik ayam dan puyuh ni kami jadikan baja semula jadi. hehehe.. tak payah beli baja kat luar dah. jimat lagi :)



Thursday, May 30, 2013

Restaurant Food 1 - Laksa Katong

Setelah pindah, nak mkn kat luar agak jauh.. bagus sebb kami pon memang kena menabung semula.. tapi memang niat kami setelah pindah nak kurangkan mkn diluar.sekarang ni byk sgt issue2 mkn halal yg diragui.. bhn kimia, kedai kotor dan mcm2 hal lagi.. jadi eloklah utk kurangkan mkn di luar.

suasana kat sini pon memang boleh buat mood malas nak keluar.. gaya kampung.. so, setelah sekian lama asyik mkn kat luar je.. nak2 dulu, jgk kepala kat tingkap dah nampak indon masak kat luar tu.. jerit je mintak dia hantarkan.. nak start masak pon kekok2 je.. that me lah.. tapi my hubby tu biasa je.. sentiasa je confident.. lepas la untuk kami mkn.

Bila kat rumah ni, kami tajamkan semula ilmu kulinari kami nih.. tak kan nak mkn nasi telur goreng ngn sardin je kan.. sebb dah tak keluar mkn kat luar tu.. mula lah teringin nak makan tu nak makan ni.. both of us memang boleh masak.. so, kami selalu gilir2.. tak pon sorg masak satu masakan after that mkn sama.. nak2 bila teringin makan makanan yg berlainan.. tak da hal nya lah..

One of my hubby's favourite food is katong laksa.. biasanya kalau mkn kat Pak Li tu memang sbb teman dia mkn katong laksalah.. kat Pak Li tak de my faveret food pon.. habis2 pon toast or bubur ayam and honey green tea .. bila pindah ni.. malas la nak pegi sana kan.. lagi pon.. katong laksa kat Pak Li dlm RM8.90 kalau tak silap, kalau satu family mkn, biasa habis dlm RM40++.. Cuba eh masak sendiri..

Resepinye senang je.. memang lepas mkn ni tak payah dah pergi Pak Li.. tehehe

1 biji bawang kuning
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 cup ikan bilis
1/2 cup udang geragau
1/2 cup udang kering
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
5 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
5 sudu besar cili giling
garam sekucup
Bland semua bahan. Bahan2 dia atas ni boleh mkn satu rumah. kalau anda hanya 2 atau 3 org sahaja, buat separuh sahaja dari bahan diatas.


Tumis bahan tadi sampai pecah minyak. Jadi paste mcm gambar diatas. frozen kalau lebih byk sgt utk kesenangan kemudian hari.. hihihi

Masukkan santan, udang, tauhu kering dan daun kesum dan garam secukupnya sehingga masak.


Sediakan laksa, boleh menggunakan laksa kering atau laksa basah dan telur rebus.


Kuah dah siap, laksa dah ada. Letakkan laksa, taugeh dan telur tebus ke dalam mangkuk. Tuang kuah katong secukupnya. Siap!!

Dekat rumah kami ni, kalau setakat serai, daun kesum, cili kunyit tu tak payah beli dah.. Rasa2nya lah, dgn bahan yg simple mcm ni, berapa kos dia..buat teh o satu balang.. mkn satu keluarga.. nak tahu berapa kos? Pricelessss :)