Showing posts with label Resepi RPB. Show all posts
Showing posts with label Resepi RPB. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Sambal Lado

Just nak share resepi ringkas turun temurun ni.. I think sgt berguna. It one way to prepare makanan jeruk. Lagi lama lagi sedap. Org tua2 memang mahir dlm bab2 menyediakan makanan supaya thn lama sbb dulu2 tak de peti ais.

Bahan-bahan:


Cili kampung merah
Cuka
Gula
Garam

Cara-cara:


Buangkan tangkai dan bersihkan. Selawat ke atas nabi. Toskan. Campak semua ke dalm blender dan blender 7 saat sahaja. Sbb kita tak nak dia jadi terlalu hancur. Eh eh.. Terlupa ambik gambar. Tgk2 dah siap and dah masuk dlm botol. Sekejap je kan. Pastu simpan dlm peti ais. Kalau mkn sejurus blend, pedas dia amat sgt dan bau cili yg kuat. Selepas sehari lebih baik. Lagi lama lagi sedap.



Setelah pikir2, kami decide utk jadikan satu product dari RPB. So this is one of Rumah Pinggir Bandar product. Sesiapa yg berminat dan tak sempat nak buat boleh la order dari kami. Boleh COD area shah alam dan klang sahaja. 

Butir2 lanjut boleh lihat di page Homemade Product kami.




Tuesday, November 18, 2014

Frozen Sambal Nasi Kerabu

Hari ni nak siapkan nasi kerabu utk esok atas request geng2 lunch kat opis. Nak buat farewell tapi tak nak keluar. Ada pulak geng lunch tgh preggy dan tgh suka mkn nasi kerabu especially sambal nasi kerabu tu. So sambal dah siap and buat lebih dgn sengaja supaya leh simpan frozen utk mkn di lain hari. Jimat masa memasak. 

Sambal ni memang tahan lama kalau simpan frozen. Goreng dulu sekejap kat atas dapur utk buang acces2 air tu, supaya lagi tahan lama. Simple dan basic org2 tua selalu buat rendang ke, pape lah utk thn lebih lama, masak sampai kering. Sama juga dgn sambal nasi kerabu, goreng sekejap dgn api perlahan, dah panas sekata leh la angkat. Biarkan sejuk dan simpan dalam freezer.


Goreng sekejap dlm 5 minit di atas api perlahan


Biarkan sejuk


Simpan dalam freezer. Bila nak guna, keluarkan dan panaskan terlebih dahulu.


Sunday, November 16, 2014

Samba Lado Nak Habis

We just finish our dinner with just simple food. Nasi and kari ikan. That all. Utk tidak nampak ke sgt simplenye itu, kami keluar kan sambal cili dan potong mentimun..

The sambal cili is my favourite homemade sambal yg mesti ada dalam peti ais.. Ia resepi turun temurun dan tak ada letak belacan. My family memang bukan penggemar belacan. Kalau mkn belacan mula la start bersin2 and gatal2. Sambal ni walau pon tak de belacan ia tetap sedap dan ummph! wa cakap lu... hehehe

Sbb resepinya dari  kelate kenalah panggil samba lado.. Samba lado ni wajib ada bila mkn:

1. Laksa/ Laksam
2. Nasi kerabu
3. Mee goreng or any jenis noodle goreng or soup.
4. Nasi Berlauk
5. Nasi putih and ikan rebus
6. Nasi putih and kari (any kari.. ikan ke, ayam ke, daging ke, udang ke etc)
7. Nasi putih ngan apa2 saja
8. Mkn dgn Ulam-ulaman

Kalau tak de ni.. Tak kelate lah.. Sapa kata org kelate tak mkn pedas ye dak?

Sekarang diddy pon ikut suka mkn sambal lado ni and he is the one yg belajar mcm mana nak buat sambal ni from my mum. I know how to do dari tgk my mum buat dari kecik lagi tapi diddy hands on one to one with my mum mcm mana buat tu.

So, mcm mana keluarnya topik samba lado mlm ni sbb even mkn nasi hanya dgn kari ikan sahaja.. Tapi bila letak sikit samba lado tu.. It make a lot of different.. Sgt sedap.. Mavolouse!! Syukur dgn rezeki dan nikmat allah berikan. Alhamdulillah.. 

Dan yg tak bestnya.. Samba lado dah tinggal sedikit.. Nak kena buat lagi lah.. 

Berckp nak kena buat lagi tu.. Tetiba dpt idea pulak kalau dpt pasarkan sambal lado ni kepada org2 yg tak sempat nak masak mcm2 mcm kami.. Sekadar masak 1 lauk dan tambah dgn sambal lado dah cukup.. Mcm bernas pulak idea ni.. Sambal lado Rumah Pinggir Bandar..

Rasa2 org beli tak?


Samba lado nok abih doh!!


Monday, November 11, 2013

Cekodok Labu

Labu kitorg biasa buat labu sira je.. Tapi labu sira kena rendam dlm air kapur supaya labu jadi rangup. Kalau tak, dia jadi lembik. Tapi kapurnye tak terbeli sampai la ni. So, utk habiskan labu ni... Cekodok labu la senang dan sedap. 

Bahan
Labu 1/2 biji size kecil
2 hingga 21/2 cawan tepung
1 biji telur
3 sudu gula
Secubit garam


Potong labu cube2. Rebus labu hingga lembut.


Mash labu dan masukkan semua bhn2. Goreng sehingga golden brown.


Siap. Sgt lembut dan sedap. Nyammmm


Sunday, September 29, 2013

Demam Pasta

Sejak kebelakangan ni, hubby suka masak pasta.. Lepas spagetti.. Pasta bake... Sekarang ravioli pulak.. Mcm mana la tak tembam.. Lagi nak diet dia mesti sabotaj punya lah.. Tapi pape pon sedap jugak..

Intai2 mcm mana hubby buat ravioli ni.. 1st buat pasta doh.. Pasta doh pon homemade.. Fuyyoo..

Resepi Pasta Doh
1 biji telur
1 biji telur kuning shj
3 cwn tepung gandum
2 sudu mkn air
1 sudu mkn olive oil
Secubit garam

Uli doh dan biarkan seketika.


Doh.. Dah nak habis baru ambik gambar.. So comot sikit. 

Resepi Inti
Buat je inti ikut suka anda. 

Last week kami buat inti udang. Campurkan 2 ulas bwang putih cincang bersama isi udang dan garam secukup rasa. 

Hari ni kami buat inti daging.
Tumis bawang, masukkan mince meat dan garam secukup rasa. Masak seketika.


Inti.. Sama jugak... Dah nak habis baru ambik gambar.. Hehehe..

Resepi Sos marinara
1/2 kg tomato merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - hiris
1 ulas bawang merah - hiris
Olive oil utk menumis
1 sudu gula merah
2 sudu sos cili
Garam dan paper secukup rasa
Tumis bawang merah dan putih, setelah bawang naik bau, masukkan tomato dan masak sehingga tomato hancur. Kemudian masukkan bahan2 perisa diatas. Biarkan seketika dan tutup api.

Inilah dia sos simple je.. For me pasta ni memang jimat kos la.. Sama gambar sos dah tinggal separuh.

Lepas tu preparekan pasta. Kami tak de mesin pasta/ mee.. So kena la canai manual. Sekali sekala nak buat tak baloi pon nak beli.. Org kata tak balik modal. Tapi lagi jimat apa.. 


Canai doh nipis2 dan letak inti. Tutup dgn doh dan tekan bahagian tepi supaya melekat. Kalau doh tak melekat sbb ada tepung, boleh letakkan sedikit air di bahagian tepi. Doh akan melekat semula.

Rebus ravioli. 

Letak sedikit minyak dan garam dlm air rebusan. Rebus sehingga pasta timbul. Angkat dan tos.


Letakkan sos atas pasta yg sudah dimasak.


Grate parmesan cheese atas ravioli.. 
Sedia di mkn.. 

Yummmehh.. 
Senang.. 
Lazat.. 
4 ketul je... Nak lagi!!!! 
"Canai sendiri!!" Jerit hubby.
Oh...







Saturday, September 28, 2013

Kek Pisang 2 in 1

Pisang tak berbuah dua kali. Tapi resepi pisang ni boleh guna utk 2 jenis kuih. Terima kasih resepi2 kat internet that i can find in google or pinterest.. Normally utk cari resepi, i will open all the resepi yg berkaitan. Read all of them and choose the best recipe, tak pon yg paling simple sbb nak jimat kos atau nak resepi yg kena dgn bhn2 yg i have only. Ataupon i will mix and match sana sini and create my own resepi.. I plan to put the link for the recipe yg i amik kat mana.. Ye la itu hak diorg kan.. Tak jumpa pulak tempat nak masukkan link dlm ipad apps ni.. Tak sama mcm pc.. When i have time i will update the link mana i refer resepi ni.. Tapi biasanya.. Resepi yg i masukkan kat sini i dah modified sikit dari resepi yg i refer tu..

Utk resepi kali ini, i made kek pisang kukus and also muffin kek pisang. Lebihan pisang from yg i rebus hari tu.. Ingat nak goreng or buat pengat pisang letak jackfruit and sagu.. Or pisang sira.. Tapi di tangguh2 dah benyek dah semua pisang tu.. 

Byk juga kegunaan pisang benyek ni.. From my surfing kat internet nak cari resepi yg bersesuain nak habiskan pisang ni. Kita boleh buat kek pisang, apam pisang, lempeng pisang, lepat pisang,ice cream dan mcm2 lagi.

Yg ice cream tu, very healthy.. Bland pisang bersama almond milk( kat resepi tu la, but i think susu biasa pon boleh), sugar and some fresh strawbery. Pastu bekukan. Kira pisang ni pengganti fat utk ice cream tu and tekstur dia yg likat. I pasti sedap. Tapi tak terasa nak buat sebb mcm almond milk tu tak best pulak nak ganti ngan susu biasa. Mana nak cari almond milk ni? Tapi from this recipe i think still can modified.. Boleh je tarukkan almond chunk dlm ice cream tu kan.. And lagi sedap kalau campur sikit ngan caramel. Tak pon taruk je peanut butter lady's choice tu.. Jadik je..

Udah2 dgn bayangan ice cream tu.. Kita terus ke resepi mudah nak buat kek pisang kukus ngan muffin ni..

Resepi 2 in 1 kek pisang.

10 biji pisang masak size sederhana / nak nak penuh blander. ( jgn sampai tak le bland sudah)
100g gula - i use gula perang( dlm resepi asal letak 200g, i modified to 150g but still sweet. I think 100g will be ok.. Maybe jugak bergantng pada jenis pisang)
2 biji telur
100ml minyak masak - i use olive oil
<<bland semua bhn di atas>>
200g tepung 
1 sudu mkn soda bikarbonat
<<ayak tepung bersama soda bikarbonate>>

Campur je bhn bland dgn tepung. Kacau hingga sebati.


Dalam gambar ni i masukkan sedikit pisang yg lenyek. Saja nak dptkan pisang yg ketul2 dlm kek nanti.

Bakar or kukus. Ikut selera.


I bakar utk bite size mufffin


Hanya bekas pie ni je yg ada kat rumah buat masa ni.. Kalau ikutkan hati lagi besar bekas lagi ok asal cepat siap.. Jgn guna besen sudah.. Hihihi

Hasilnya..


Boys in the house suka ni.. Masak je habis.. Masak je habis.. Mkn sambil berebut.


Yg ni sgt lembut dan moist. Boys dlm rumah ni tak suka sgt yg kukus ni.. So i bring some to offc the next day share with my colleagu for breakfast and tea.

 I rasa kalau letak topping pon sedap ni.. Atau kek yg panas2 ni mkn with vanilla icecream dgn choc top.. Yummm.. Nak traditional way.. Mkn ngan kelapa parut.. Hahaha.. Mcm2 :)





Thursday, July 25, 2013

Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol



Kalau ckp masak nasi dagang, mesti ckp leceh nak masak kan? And masak sampai berjam2.. Disbbkan dianggap leceh tu i think harga dia mahal. Kalau tgkkan bahan2 dia.. Hmm biasa je.. Kalau mkn kat soto seksyen 8, mkn nasi dagang dlm rm5.30. Hamekau. Kalau 2 org mkn? Kalau 1 keluarga mkn? Lu  kira la sendiri. Sendiri jugak mau bayar. Hehehe

Nasi dagang kitorg ni, nasi dagang shortcut. Shhhh.. Jgn bagitau org kg. marah nanti. Tapi disebbkan senang bangat nak buat nasi dagang ni and comfirm sedap.. Kami share kat sini and nanti uols boleh la cuba masak sendiri. Tak perlu lagi mkn kat kedai. 

Untuk resepi kali ni tak de photo step by step. Sbb tinggal je kat hubby sambung and keluar untuk beli barang. Shopping le apa lagi. Hehehe

Gulai Ikan Tongkol
(Gulai ni tak letak belacan. Baru realise gulai terengganu ada letak belacan. Anda boleh letak jika suka)

1 ekor ikan tongkol size sederhana; dibersih, dipotong dan rebus bersama garam dan asam gelugor. Jgn terlebih garam kerana air rebusan ikan akan digunakan nanti.

 <Bahan kisar>
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 inci lengkuas
2 inci halia
6 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 sudu besar rempah gulai - saya guna serbuk kari cap org terbang, org kata org terengganu guna rempah cap ros. Kalau tiada serbuk kari pon boleh.
<semua bhn diatas adalah bahan kisar>
1 biji kelapa parut
1 ketul gula melaka/ nise
1 keping asam gelugur
Segentgam cili kecik - optional
Garam dan gula secukup rasa

>> Kalau ikan belum rebus, rebus ikan. Ada yg ckp kalau overnight lagi sedap. Ikut suka anda nak buat mcm mana. Tapi saya suka yg fresh. Ikan rebus tak perlu lama2. Kalau dah rebus pon senang, sbb kerja dah berkurang.
>> Perah kelapa. buat dua kali perahan. Boleh juga guna santan ready dan campurkan air secukupnya. Tapi saya suka guna kelapa parut sbb rasa santan lebih manis dan fresh dari santan ready tu. memang la tak manis sbb yg tu diorg dah letak garam sikit. Hehehe
>> guna santan sebagai ganti air utk kisar bahan kisar. 
>> masukkan bhn2 kisar ke dalam periuk dan masak sehingga naik minyak.
>> masukkan gula melaka dan asam keping. 
>> apabila gula melaka dah semua hancur, masukkan baki santan
>> kacau sehingga menggelegak. Kalau tak kacau santan akan berketul. 
>> bila dah menggelegak, masukkan ikan rebus dan air rebusan ikan. Sbb guna air rebusanlah, saya lagi suka kalau rebus masa tu jugak. So air rebusan tu still fresh dan masih panas2 lagi. Kalau periuk tak muat, masukkan air rebusan bila kuah sudah surut sedikit. 
>> tambah garam dan gula secukupnya jika perlu. Remember that air rebusan sudah masin dan dah letak gula melaka tadi. kuah pon masih byk. Bila surut masinmanis makin terasa. 
>> masak sehingga kuah menjadi pekat atau kuah surut sehingga cukup2 tenggelamkan ikan. Process ni sedikit lama. Kecilkan sedikit api dan biar je dia mereneh sehingga kuah surut. Sementara itu anda boleh buat nasinya pula.






Nasi Dagang

4 pot beras biasa - basmathi. Boleh juga guna beras biasa. Tapi dah try 3 kali guna beras yg berlainan. Basmathi is the best.
1 pot beras pulut
(Basuh dan rendamkan beras lebih kurang 2 jam)

1/2 biji kelapa parut
5 ulas bawang merah - dihiris
3 inci halia - dihiris
2 sudu halba - rendam. Kalau terlewat/ terlupa rendam dlm air panas. 
1/2 sudu kecik garam

>> Sejat beras. Masukkan dlm periuk biasa. 
>> masukkan santan sebyk anda masak beras tu dgn air biasa.
>> masukkan garam. masak nasi. Bila menggelegak, kacau sehingga santan kering dan tutup api.
>> masukkan bawang, halia dan halba. Gaul sebati
>> menggunakan pengukus, lapik pengukus dgn daun pisang, kukus nasi sehingga masak.
>> siap di hidang.

Senangkan? So leceh tu hanya tanggapan sahaja. Hehehe.










Popia Goreng Inti Sengkuang

Bulan2 puasa ni tak larat nak DIY nak gardening ke, nak buat kids project ke.. Pokok yg tanam pon layu. Dah tanam kena kacau pulak kat ayam. Tak larat nak buat pagar. Jadi bulan ni byk la resepi yg keluar. Tutup pintu bukak air cond, bukak tv kartun and ipad, mimmy boleh lah dok kat dapur tanpa kena kacau ngan kanak2 ribena tu.

Bulan puasa ni memang kami berbuka kat rumah mil hari2 kecuali weekend. So, saje2 potluck buatkan at least 1 food utk mkn sama2. No pasar ramadhan.

Semalam buat popia. Tapi semlm celebrate besday fil, fil nak mkn burger bakar. Hubby masak burger bakar and asam pedas kepala ikan salmon. So, popia boleh frozen kan untuk bila2 perlu. Alih2 hari ni hubby cuti dia nak rileks je, so popia ni keluar la utk berbuka kat rumah mil. Popia ni inti sengkuang ngan carrot je. The whole family suka popia ni. faiz pon suka. Sometime senang2 hati dia je request nak popia. popia ni lagi sedap dari popia letak taugeh dan sgt simple. Tak perlu nak menyiang buang akar2 taugeh tu bagi yg cerewet mkn taugeh mcm saya. Hehehe

Bahan2 utk inti popia:

1 ketul sengkuang size sederhana
1 btg carrot
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Parut sengkuang dan carrot. Tumis bawang merah dan bawah putih. Masukkan sengkuang dan carrot yg diparut. Gula dan garam secukupnya. Kacau hingga sengkuang dan carrot layu. Angkat. Super duper easy peasy kan? Kalau anda suka yg rumit, boleh la tambah udang ke, ayam ke, daging ke. But trust me, yg plain ni lagi sedap dari yg letak udang bagai tu. the crunchyness of the sengkuang and the sweetness of the carrot. Hmmm fresh sgt.


Inti popia yg dah siap


Kulit popia. Boleh je guna apa2 brand. This is not promosi kulit popia ye. Hehehe


Letakkan sedikit inti di atas kulit popia


Gulung kulit popia


Seal kulit popia dgn sedikit air. Yay.. siap!! hehehe.. jgn happy sgt 1 je baru siap. so buat lagi dan lagi sampai inti habis. Atau sampai anda larat. kalau larat half way. boleh simpan kulit dan inti dlm fridge utk gulung next time. dah tak larat kan. puasa2 ni tak le paksa. nanti ada pulak popia tu habis sebelum berbuka. hehehe.. Kulit popia yg lebih simpan frozen utk next time. Untuk kulit popia thn lama dan tak kering, staple plastik. Jgn biar plastik terbuka semasa simpan dlm fridge.


Kalau nak mkn terus, terus goreng. Biasa utk seketul sengkuang yg size sederhana saya boleh dpt dlm 30 - 40 pcs popia. So, goreng yg nak mkn, selebihnya boleh simpan.


Popia ni sedap mkn begitu sahaja atau cicah dgn sos. Resepi sos homemade tunggu next post ye. Sekejap je kan buat popia ni? Kalau rajin boleh gi niaga kat pasar ramadhan. 1pc = 40 sen. Kalau 40pcs? Dpt rm16. Tapi, tak perlu bygkan untung yg anda dpt tu dulu tapi bygkan 40pcs tu anda hanya perlu keluarkan tak sampai separuh dari rm16 ringgit tu. jimatkan? Apa lagi, lepas ni tak perlu lagi ke pasar ramadhan. Hehehe ;)


Sunday, July 14, 2013

Nasi Goreng Ikan Turun Temurun

Kalau buat nasi goreng, memang tak de nasi goreng lain yg i tahu.. Inilah dia my feveret nasi goreng and memang ini resepi my mum. So dari kecik mkn nasi goreng mcm ni. Kalau mkn nasi goreng lain, saya mesti tak puas hati. Dengan perasannya saya rasa nasi goreng ni lain dari yg lain dan tak kan jumpa kat kedai. Hehehe...  Bila saya kahwin ngan hubby, he said this is the 1st time dia mkn dan jumpa nasi goreng letak ikan. Bukan nasi goreng dgn leftover ikan tu.. Sikit pon tak sama tau.. Hehehe


Bahan:
6 senduk nasi
1 1/2 @ 2 ekor ikan rebus
2 biji telur
5 ulas bawang merah - ditumbuk/ hiris
2 ulas bawang putih - ditumbuk/ hiris
Garam secukup rasa
Cili giling - optional
Vege - optional

Cara2 :
1. Ikan rebus, buang tulang dan goreng dalam minyak sedikit. Hancur2kan ikan dengan senduk. Goreng sehingga kekuningan dan angkat.
2. Goreng telur hancur dan angkat
3. Tumis bawang merah dan putih (termasuk gili giling) sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, ikan goreng dan telur goreng hancur (termasuk vege). Kacau.
5. Masukkan nasi dan kacau lagi hingga rata.

Siap!!


Nasi goreng ikan ni sgt sesuai utk budak2. Sedap dan berkhasiat. :)


Ikan Rebus

Sape tak tau nak buat ikan rebus.. Mudah saja.. 


Ikan. Biasa org guna sardin/ selayang, selar, kembung, aye/ tongkol atau uji rashid/ lolong dan lain2. Ikan2 besar seperti tenggiri, ikan merah, siakap tak sesuai utk rebus.

Bersihkan ikan, siram dan selawat ke atas nabi. Amal2 selalu semasa membersih makanan.


Masukkan garam, asam keping  2 atau 3 keping dan air sehingga tenggelam ikan.


Masak api perlahan sehingga air separuh, atau sehingga air 1/5 utk ikan rebus thn lebih lama. Jangan sampai hangit!!! Hehehe

Boleh simpan dlm fridge utk kesenangan masa hadapan.. :)


Saturday, July 13, 2013

Pizza Mudah dan Sedap

Ni resepi paling sempoi.. Senang dan sedap. Hubby and anak2 suka. Resepi nak buat doh yg senang sebb potion yg sedikit. So, kalau tak de pengacau doh pon.. Rileks je la.. Budak2 pon boleh buat ni.. Tak penat pon nak uli.. Kalau nak buat dlm quantiti yg byk, saya cadangkan stick je ngan sukatan tu tapi buat byk kali.. So tak penat nak uli. 

Bahan2 utk buat doh

250g gandum
1 sudu butter or margerin
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu yis segera
Garam secukup rasa
125ml air



Masukkan bahan. Gaul dulu gandum, gula, garam, susu, butter dan yis. Kemudian masukkan air dan uli.


Kalau anda ada oven besar, doh tu dpt buat pizza large size.. Boleh la buat sebiji besar terus.. If not, boleh bahagi kepada size yg anda suka. Kalau bahagi 4 jadi personal pizza size.. Saya bahagi dgn 4. Itu pon tak habis semua. Faiz and adik 1 pizza.  Me and hubby 2 pizza. 3 pizza je dah cukup.


Tutup doh dgn kain lembap dan biar 30 minit.


Selepas itu boleh la leperkan doh mengikut ketebalan yg anda suka. Taburkan sedikit tepung supaya tak melekat. Kalau anda tak de pin penggelek pon tak mengapa. Bukan satu alasan. Tekan2 doh dgn hujung jari mengikut bentuk dan ketebalan yg anda suka. That how i do sebelum beli pin penggelek. 

Kalau suka thin crust, buat nipis2. 

Pasal tepi pizza, kami tak suka tepi pizza tu.. Kalau mkn kat pizza hut, tepi pizza tu potong, tak mkn. So, kami leperkan flat je.. So tak payah ada tepi pizza.. Ngeh ngeh


Dah siap gelek, masak dulu dlm oven lebih kurang 5 minit pada suhu 190. Utk pizza kecik tu la.. Kalau tak, bakar sehingga masak. Tapi jgn sampai warna perang. Mcm roti nan pon ada. Boleh cicah sambal. Sodap!!!


Utk sos, kalau anda ada masa, boleh buat homemade tomato sos. Tapi.. Almaklumlah.. Jiwa melayu, tomato mana layan.. Jadi kami guna

1. Mayonese. 
2. Sos cili brand kesukaan
3. Sos lada hitam. Pape brand. kami guna brand AZAD, beli dari kedai Ramly. Sos lada hitam ni org selalu guna utk burger tepi jln.


Letak ketiga2 sos. Hehehe


Boleh taruk pape topping yg anda suka. Pape saje boleh buat topping. serlahkan kemelayuan pizza anda.. hahaha.. List topping yg senang dan biasa ada dlm almari dapur anda:
1. Bawang
2. Tomato
3. Cendawan
4. Cili
5. Ayam - cincang/ potong kecil2,  masak dulu ikut suka perasa anda.. Sambal tumis pon boleh..
6. Daging sama mcm ayam masak dulu
7. Hotdog
8. Sardin
9. Ikan bilis
10. Telur
11. Crabstick
12. Seafood - udang, sotong
11. Tuna dlm tin yg pelbagai perisa tu.. Mild, chilli tuna. Kami selalu beli tuna in water. Spare kalau2 nak buat sushi or sandwich.


Dah taruk topping kesukaan anda, sprinkle mozarella cheese and cheddar(kalau ada) as much as you like.. ;) 


Bakar sampai tepi warna perang.


Pizza hotdog and cendawan.


Pizza ayam shawarma


Pizza hotdog.. Dan mcm2 lagi. Utk budak2.. Cukup guna mayonis utk sos, bersama toping kegemaran anak and lots of cheese.. Hehehe


Kalau ada pizza base yg lebih.. Bakar siap2 and simpan dlm freezer. Lepas ni mkn pizza 10 minutes dah siap. Kami memang sengaja lebihkan.. Simpan siap2. Buat sahur bangun kul 5.15am masih sempat mkn.. Hehehe