Sambal ikan recipe
Supply:
3 atau 4 ekor Ikan rebus, buang tulang
Sebiji kelapa parut goreng, i use ready kelapa parut goreng, if not, you have to prepare the kelapa parut 1st.
2 batang serai - potong halus
1 inci halia
2 biji bawang putih
6 biji bawang merah kecil
1/2 gula melaka / nise
Garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sedikit garam dan gula ke dalam lesung (tip: masuk garam /gula adalah utk elakkan permukaan lesung jadi licin, senang nak tumbuk and akan menyerap rasa ke dlm bhn2 semasa di tumbuk, jadi masakan lebih sedap.. hehehe ) tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. Masukkan gula melaka. Tumbuk lagi sehingga sekata. Kemudian masukkan isi ikan rebus. Lagi sekali tumbuk lagi sehingga lumat dan sekata.
Akan jadilah paste mcm gambar kat bawah ni.
Masukkan paste ke dlm kelapa goreng dan gaul sehingga sekata. Rasa sambal tu and tambah garam dan gula secukupnya jika perlu.
Sambal ikan dah siap!!! (Tip: utk sambal ikan tahan lebih lama, goreng dgn kuali di atas api perlahan sekejap. Biarkan sejuk dan simpan terus bahagian yg nak simpan ke dalam fridge or frozen utk lebih lama)
Utk makan dgn nasi kerabu, my hubby suka mkn with kuah tumis. My own version of kuah tumis. So, kena la masak tumis ni.. Actuallykan.. I'm not sure which one is the real tumis yg kelantanese mkn dgn nasi kerabu tu.. My mom masak nasi kerabu selalu tak de tumis. Yg kat kedai tu, biasakn bungkus je kan, atau dah bungkus siap2. how do i know which tumis version yg diorg guna. Ada kata letak budu la.. entah mcm2 version la.. Hihihi.. Tak pe la.. Dah gaul2 nasi kerabu tu sodap jugak jadinye.. Hahaha.. So, this is my tumis recipe. Sedap tau.. Hihi
Tumis Recipe
Bahan2:
Santan pekat - utk jimat masa memasak
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
5 biji bawang merah
2 biji putih
2 sudu cili giling or 6-10 biji cili kering
3 batang serai - dititik
1/2 - 1 gula melaka
4 keping asam keping
Garam gula secukupnya
Bland semua bahan diatas kecuali serai, gula melaka dan asam keping.. Habis la masam gilerr kalau bland asam keping ni sekali.. Hahaha.. (Tip: Utk jimatkan time masak utk jadi pekat, guna kepala santan dan bland bahan2 dgn santan tersebut. Jangan guna air). Kemudian campakkan semua bhn2 tersebut ke dlm periuk dan masak sehingga mendidih. Tambah garam gula secukupnya. Biarkan seketika, sehingga kepekatan yg anda nak. Dah siap!!
Ha hah.. Jangan lupa ulam2.. Bila tulis ni dah panjang lebar.. Macam leceh rupanya kan? Hihihi.. Tapi ada a few tips utk jadikan nasi kerabu ni ringkas sebenarnya.. Last sekali kita kumpul2 kan tips tu nanti..
Ulam-ulaman
Ulam senang je, semua fresh. Tak perlu masak.
Ulam2 yg biasa saya guna ialah kobis, kacang panjang, bunga kantan, timun dan daun kesum. Kalau ingat beli taugeh.. Selalunya ingat2 lupa.. hehehe.. Kalau nak lebih ulam, boleh tambah je apa2 ulam. Ada yg guna kacang botol, pucuk gajus dan lain2 lagi ikut selero masing2.
Jangan lupa B.U.D.U dan sambal lado... Hehehe..
Yang penting sekali nasik juga telah di masak ye.. Tak perlu warna biru ke kuning kalau guna pewarna. Pewarna tu tak menyebabkan nasi tu sedap pon. Nasi putih pon jadi.. :)
Ini dia tip2 memudahkan kerja membuat nasi kerabu:
1. Prepare kelapa goreng awal2.. Kelapa goreng thn lama simpan frozen. Atau kalau anda org kelantan, beli je kelapa goreng yg dah siap.. Memang ada jual kat pasar. Kalau anda bukan org kelantan, kirim je kat org kelantan dan frozen. Hihihi
2. Kat dapur org kelantan sentiasa ada ikan rebus. Ikan rebus ni byk guna. Maybe one day i nak collect makanan yg guna ikan rebus ni. So, kalau anda terasa nak mkn nasi kerabu, ikan rebus ni bleh prepare awal jugak. Selalunya, saya buat stok. Rebus and simpan kat fridge. Senang. Nak je dah ada. Time tak de pape nak mkn, ikan rebus goreng garing and nasi panas.. Wooo.. Superb!! Kalah nasi kerabu neyy..
3. Sambal cili. Pon sama, boleh prepare siap2.. Actually kat our fridge memang sentiasa ada sambal cili ni. 24x7 365. Sambal cili ni pon byk gunanya. My hubby dah terrer buat sambal cili mcm my mom buat. Berbulan2 thn lamanya.. Maybe boleh jugak kongsi kat sini nanti.
4. Make it simple. Tehehehe...
No comments:
Post a Comment