Monday, November 11, 2013

Cekodok Labu

Labu kitorg biasa buat labu sira je.. Tapi labu sira kena rendam dlm air kapur supaya labu jadi rangup. Kalau tak, dia jadi lembik. Tapi kapurnye tak terbeli sampai la ni. So, utk habiskan labu ni... Cekodok labu la senang dan sedap. 

Bahan
Labu 1/2 biji size kecil
2 hingga 21/2 cawan tepung
1 biji telur
3 sudu gula
Secubit garam


Potong labu cube2. Rebus labu hingga lembut.


Mash labu dan masukkan semua bhn2. Goreng sehingga golden brown.


Siap. Sgt lembut dan sedap. Nyammmm


Thursday, October 17, 2013

Cepat Kaya

Tgk betul2.. Comelkan?.. Cute miutkan?.. Kan? Kan? Kan? 5 dua inggit. Coooooomel sgt. Sama besar ngan penutup susu standard tu. Size ngam2 je ngan anak tekak. Senang. Sekali telan je. NGAP!!

 
Rasa2 boleh ke cepat kaya?


Sunday, September 29, 2013

Demam Pasta

Sejak kebelakangan ni, hubby suka masak pasta.. Lepas spagetti.. Pasta bake... Sekarang ravioli pulak.. Mcm mana la tak tembam.. Lagi nak diet dia mesti sabotaj punya lah.. Tapi pape pon sedap jugak..

Intai2 mcm mana hubby buat ravioli ni.. 1st buat pasta doh.. Pasta doh pon homemade.. Fuyyoo..

Resepi Pasta Doh
1 biji telur
1 biji telur kuning shj
3 cwn tepung gandum
2 sudu mkn air
1 sudu mkn olive oil
Secubit garam

Uli doh dan biarkan seketika.


Doh.. Dah nak habis baru ambik gambar.. So comot sikit. 

Resepi Inti
Buat je inti ikut suka anda. 

Last week kami buat inti udang. Campurkan 2 ulas bwang putih cincang bersama isi udang dan garam secukup rasa. 

Hari ni kami buat inti daging.
Tumis bawang, masukkan mince meat dan garam secukup rasa. Masak seketika.


Inti.. Sama jugak... Dah nak habis baru ambik gambar.. Hehehe..

Resepi Sos marinara
1/2 kg tomato merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - hiris
1 ulas bawang merah - hiris
Olive oil utk menumis
1 sudu gula merah
2 sudu sos cili
Garam dan paper secukup rasa
Tumis bawang merah dan putih, setelah bawang naik bau, masukkan tomato dan masak sehingga tomato hancur. Kemudian masukkan bahan2 perisa diatas. Biarkan seketika dan tutup api.

Inilah dia sos simple je.. For me pasta ni memang jimat kos la.. Sama gambar sos dah tinggal separuh.

Lepas tu preparekan pasta. Kami tak de mesin pasta/ mee.. So kena la canai manual. Sekali sekala nak buat tak baloi pon nak beli.. Org kata tak balik modal. Tapi lagi jimat apa.. 


Canai doh nipis2 dan letak inti. Tutup dgn doh dan tekan bahagian tepi supaya melekat. Kalau doh tak melekat sbb ada tepung, boleh letakkan sedikit air di bahagian tepi. Doh akan melekat semula.

Rebus ravioli. 

Letak sedikit minyak dan garam dlm air rebusan. Rebus sehingga pasta timbul. Angkat dan tos.


Letakkan sos atas pasta yg sudah dimasak.


Grate parmesan cheese atas ravioli.. 
Sedia di mkn.. 

Yummmehh.. 
Senang.. 
Lazat.. 
4 ketul je... Nak lagi!!!! 
"Canai sendiri!!" Jerit hubby.
Oh...







Rezeki di bumi bertuah

Tak byk perubahan.. Maklumla byk masa kami cuba selesaikan kerja dlm rumah.. Tapi selesai ke.. Mcm kerja ofc jugak.. Kerja2 dlm rumah tu tak kan selesai.. Sekali sekala, biarkan dulu kerja dlm rumah dan jenguk2 kan kat luar yg mana mau perhatian kami..

Nampaknya reban ayam perlu dibaiki. That day hujan lebat. Angin sgt kuat sampai terbalik reban ayam. Nasib baik ternampak.. Kalau tak mati kesejukan semua anak2 ayam tu.. Terpaksa masukkn dlm kotak, pasang pelita( actually lilin i masukkan dlm balang prego). Emergency.. Engineer tak de kat rumah so, i tak nak memandai pasang bulb kat anak ayam tu. 


Awning rumah ayam dah patah. Memang nak kena baiki tukar atap.

Byk yg berlaku.. No photos.. Minda asyik nak aturkan what to do next and next. Now i lebih spontan bertindak sbb mcm i mention awal2 tadi.. Semua tu tak kan habis.. So chill out bebeh.. 

Bila jenguk kat luar..


Cili besar dah boleh petik. Walau tumbuh dlm semak. Awal2 tanam pokok ni dah kena mkn ngan ayam.. Semua pucuk tak de.. So we just pray.. Kalau ada rezeki kami, pokok ni akan survive dan ada hasil nanti.. Sebelum pucuk2 baru tumbuh.. Weeds yg naik dulu.. Tapi kami biarkan sahaja bila kami lihat, ayam dah tak berminat utk ke sana sbb dah semak. Maybe tak nampak pokok cili tu lagi.. So, alhamdulillah.. Keluar hasil dan kami akan petik buat solok lada. Hadiahkan sedikit kepada keluarga dan jiran. Memang tak boleh habis.. Walaupon dlm semak, lebat juga buahnya. Rezeki Allah bagi. Sungguh pemurah Mu ya Allah. 


Ibu ayam yg entah bertelur kat mana, membawa anak2 ayam pulang... Rezeki lagi..


Walau baru je potong 2 tandan pisang.. Yg akan masak the 1st pisang tanduk.. Tunggu hubby balik from outstation.. 



Dan ada satu pokok lagi, not sure pisang apa baru keluar jantung..


Belimbing juga.. That day my husband bff come over with his family. Ayah dia pon dtg sama. Dia just inform us pokok belimbing perlu 2 pokok. Kami hanya ada 1 pokok. Belimbing perlu debunga jantan dan debunga betina dlm process bendebungaan yg boleh dpt dengan 2 pokok. Alhamdulillah. Kami tinggal di kawasan kg, mungkin ada pokok belimbing berdekatan. Tak lama lagi boleh mkn belimbing and my husband keep inform us his childhood mkn ice cream belimbing.. Ice cream malaysia. Mcm sedap je dgr...


Salah satu makanan sunnah. Not sure mcm mana nak tahu dah masak ke belum.. Bercerita pasal pokok delima, bukan buahnya sahaja yg berguna.. Dulu, arwah ayah saya ambil akar delima ni semasa bulan mengambang pada hari selasa.. Mlm selasa utk jadikan ubat seperti cirit birit. Akar tu dikeringkan dan boleh simpan lama.. Gosok akar delima tadi guna periuk tanah dgn sedikit air. Minum air tersebut. Cirit birit akan hilang. Itu sahaja yg saya tau.. Jika ada yg arwah ayah tak ceritakan wallahualam.. 


Berbunga lebat.. Roselle.. Kalau buat air memang feveret faiz ni.. Tunggu mimmy rajin..


Ada lagi.. Terung masih berbuah.. Tak putus2.. Family, jiran2 dan some of friend dah dpt merasa.. Kami pon dah tak tau nak masak apa lagi... 


Yg baru berbuah juga petola. Ada satu pokok yg terselamat from ayam2 yg active tu.. 


Yang ni tak putus2 memberi hasil. Anytime nak mkn kangkung belacan ke, atau nak mkn maggie in the middle of the night.. Tak susah, keluar rumah terus petik. 

Alhamdulillah.. Betapa rezeki yg allah bagi itu tak terkira byknya..






Saturday, September 28, 2013

Kek Pisang 2 in 1

Pisang tak berbuah dua kali. Tapi resepi pisang ni boleh guna utk 2 jenis kuih. Terima kasih resepi2 kat internet that i can find in google or pinterest.. Normally utk cari resepi, i will open all the resepi yg berkaitan. Read all of them and choose the best recipe, tak pon yg paling simple sbb nak jimat kos atau nak resepi yg kena dgn bhn2 yg i have only. Ataupon i will mix and match sana sini and create my own resepi.. I plan to put the link for the recipe yg i amik kat mana.. Ye la itu hak diorg kan.. Tak jumpa pulak tempat nak masukkan link dlm ipad apps ni.. Tak sama mcm pc.. When i have time i will update the link mana i refer resepi ni.. Tapi biasanya.. Resepi yg i masukkan kat sini i dah modified sikit dari resepi yg i refer tu..

Utk resepi kali ini, i made kek pisang kukus and also muffin kek pisang. Lebihan pisang from yg i rebus hari tu.. Ingat nak goreng or buat pengat pisang letak jackfruit and sagu.. Or pisang sira.. Tapi di tangguh2 dah benyek dah semua pisang tu.. 

Byk juga kegunaan pisang benyek ni.. From my surfing kat internet nak cari resepi yg bersesuain nak habiskan pisang ni. Kita boleh buat kek pisang, apam pisang, lempeng pisang, lepat pisang,ice cream dan mcm2 lagi.

Yg ice cream tu, very healthy.. Bland pisang bersama almond milk( kat resepi tu la, but i think susu biasa pon boleh), sugar and some fresh strawbery. Pastu bekukan. Kira pisang ni pengganti fat utk ice cream tu and tekstur dia yg likat. I pasti sedap. Tapi tak terasa nak buat sebb mcm almond milk tu tak best pulak nak ganti ngan susu biasa. Mana nak cari almond milk ni? Tapi from this recipe i think still can modified.. Boleh je tarukkan almond chunk dlm ice cream tu kan.. And lagi sedap kalau campur sikit ngan caramel. Tak pon taruk je peanut butter lady's choice tu.. Jadik je..

Udah2 dgn bayangan ice cream tu.. Kita terus ke resepi mudah nak buat kek pisang kukus ngan muffin ni..

Resepi 2 in 1 kek pisang.

10 biji pisang masak size sederhana / nak nak penuh blander. ( jgn sampai tak le bland sudah)
100g gula - i use gula perang( dlm resepi asal letak 200g, i modified to 150g but still sweet. I think 100g will be ok.. Maybe jugak bergantng pada jenis pisang)
2 biji telur
100ml minyak masak - i use olive oil
<<bland semua bhn di atas>>
200g tepung 
1 sudu mkn soda bikarbonat
<<ayak tepung bersama soda bikarbonate>>

Campur je bhn bland dgn tepung. Kacau hingga sebati.


Dalam gambar ni i masukkan sedikit pisang yg lenyek. Saja nak dptkan pisang yg ketul2 dlm kek nanti.

Bakar or kukus. Ikut selera.


I bakar utk bite size mufffin


Hanya bekas pie ni je yg ada kat rumah buat masa ni.. Kalau ikutkan hati lagi besar bekas lagi ok asal cepat siap.. Jgn guna besen sudah.. Hihihi

Hasilnya..


Boys in the house suka ni.. Masak je habis.. Masak je habis.. Mkn sambil berebut.


Yg ni sgt lembut dan moist. Boys dlm rumah ni tak suka sgt yg kukus ni.. So i bring some to offc the next day share with my colleagu for breakfast and tea.

 I rasa kalau letak topping pon sedap ni.. Atau kek yg panas2 ni mkn with vanilla icecream dgn choc top.. Yummm.. Nak traditional way.. Mkn ngan kelapa parut.. Hahaha.. Mcm2 :)