Sunday, June 30, 2013

Keropok Lekor Favourite

Last week beli ikan sardin kat pasar seksyen 6 dlm rm10 sekilo. Keropok last week dah habis. Hari ni sempat ajak mama and papa untuk tunjuk jln ke pandamaran. Dgr2 ikan kat sana lebih murah. Dptlah dlm rm7 sekilo, tapi sizenye lebih kecil.. So, my conclusion tak de la murah mana and campur tolak masa ke sana and minyak keta.. Lebih kurang aje.. Yg pasti ikan mesti segar. So, nak buat keropok, org ckp guna ikan tamban.. Tapi ikan tu byk tulang. So, ikan sardin pon ok.

Bahan2 nak buat keropok lekor:

1 kg ikan sardin
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu teh garam


Siang ikan, bersihkan, siram dan selawat. Amal2kan selalu semasa memasak. :) 


Buang tulang ikan


Sebab ni homemade and small batch je.. Tumbuk je ikan tu sampai lumat. Tak perlu mesin2 bagai. kalau malas separa lumat pon boleh.. tak da hal.. Sekilo ikan tak byk mana pon dpt.. Dua kali tumbuk dah siap untuk lesung size paling besar le.. Hehehe.. Kalau lesung anda kecil.. Bersabar ye.. Hihihi


Dah lumat, masukkan tepung ubi kayu and garam


Gaul dan uli sehingga sebati. Kalau tak sure garam tu cukup ke tak.. Kena la rasa dan tambah garam ikut selera anda.. Mcm mana nak rasa ikan mentah?


Tip: untuk rasa keropok mentah.. goreng / rebus sikit utk rasa ok ke tak.. Hehehe


Lepas tu.. Gentel kepok kepada size yg anda suka. 


Goreng atau rebus. Kami suka goreng.. Eh silap hubby suka goreng.. I suka rebus tapi malas dah nak rebus.. 


Kalau ada lebih, boleh frozen. Boleh frozen yg mentah atau frozen yg dah masak(rebus) mcm terengganu punya tu.. Thn lagi lama kot.. tapi sbb daya tahan keropok at our house ni mcm chipsmore je.. So, simpan mentah aje lah.. 


No comments:

Post a Comment