Sunday, July 14, 2013

Ikan Rebus

Sape tak tau nak buat ikan rebus.. Mudah saja.. 


Ikan. Biasa org guna sardin/ selayang, selar, kembung, aye/ tongkol atau uji rashid/ lolong dan lain2. Ikan2 besar seperti tenggiri, ikan merah, siakap tak sesuai utk rebus.

Bersihkan ikan, siram dan selawat ke atas nabi. Amal2 selalu semasa membersih makanan.


Masukkan garam, asam keping  2 atau 3 keping dan air sehingga tenggelam ikan.


Masak api perlahan sehingga air separuh, atau sehingga air 1/5 utk ikan rebus thn lebih lama. Jangan sampai hangit!!! Hehehe

Boleh simpan dlm fridge utk kesenangan masa hadapan.. :)


Saturday, July 13, 2013

Pizza Mudah dan Sedap

Ni resepi paling sempoi.. Senang dan sedap. Hubby and anak2 suka. Resepi nak buat doh yg senang sebb potion yg sedikit. So, kalau tak de pengacau doh pon.. Rileks je la.. Budak2 pon boleh buat ni.. Tak penat pon nak uli.. Kalau nak buat dlm quantiti yg byk, saya cadangkan stick je ngan sukatan tu tapi buat byk kali.. So tak penat nak uli. 

Bahan2 utk buat doh

250g gandum
1 sudu butter or margerin
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu yis segera
Garam secukup rasa
125ml air



Masukkan bahan. Gaul dulu gandum, gula, garam, susu, butter dan yis. Kemudian masukkan air dan uli.


Kalau anda ada oven besar, doh tu dpt buat pizza large size.. Boleh la buat sebiji besar terus.. If not, boleh bahagi kepada size yg anda suka. Kalau bahagi 4 jadi personal pizza size.. Saya bahagi dgn 4. Itu pon tak habis semua. Faiz and adik 1 pizza.  Me and hubby 2 pizza. 3 pizza je dah cukup.


Tutup doh dgn kain lembap dan biar 30 minit.


Selepas itu boleh la leperkan doh mengikut ketebalan yg anda suka. Taburkan sedikit tepung supaya tak melekat. Kalau anda tak de pin penggelek pon tak mengapa. Bukan satu alasan. Tekan2 doh dgn hujung jari mengikut bentuk dan ketebalan yg anda suka. That how i do sebelum beli pin penggelek. 

Kalau suka thin crust, buat nipis2. 

Pasal tepi pizza, kami tak suka tepi pizza tu.. Kalau mkn kat pizza hut, tepi pizza tu potong, tak mkn. So, kami leperkan flat je.. So tak payah ada tepi pizza.. Ngeh ngeh


Dah siap gelek, masak dulu dlm oven lebih kurang 5 minit pada suhu 190. Utk pizza kecik tu la.. Kalau tak, bakar sehingga masak. Tapi jgn sampai warna perang. Mcm roti nan pon ada. Boleh cicah sambal. Sodap!!!


Utk sos, kalau anda ada masa, boleh buat homemade tomato sos. Tapi.. Almaklumlah.. Jiwa melayu, tomato mana layan.. Jadi kami guna

1. Mayonese. 
2. Sos cili brand kesukaan
3. Sos lada hitam. Pape brand. kami guna brand AZAD, beli dari kedai Ramly. Sos lada hitam ni org selalu guna utk burger tepi jln.


Letak ketiga2 sos. Hehehe


Boleh taruk pape topping yg anda suka. Pape saje boleh buat topping. serlahkan kemelayuan pizza anda.. hahaha.. List topping yg senang dan biasa ada dlm almari dapur anda:
1. Bawang
2. Tomato
3. Cendawan
4. Cili
5. Ayam - cincang/ potong kecil2,  masak dulu ikut suka perasa anda.. Sambal tumis pon boleh..
6. Daging sama mcm ayam masak dulu
7. Hotdog
8. Sardin
9. Ikan bilis
10. Telur
11. Crabstick
12. Seafood - udang, sotong
11. Tuna dlm tin yg pelbagai perisa tu.. Mild, chilli tuna. Kami selalu beli tuna in water. Spare kalau2 nak buat sushi or sandwich.


Dah taruk topping kesukaan anda, sprinkle mozarella cheese and cheddar(kalau ada) as much as you like.. ;) 


Bakar sampai tepi warna perang.


Pizza hotdog and cendawan.


Pizza ayam shawarma


Pizza hotdog.. Dan mcm2 lagi. Utk budak2.. Cukup guna mayonis utk sos, bersama toping kegemaran anak and lots of cheese.. Hehehe


Kalau ada pizza base yg lebih.. Bakar siap2 and simpan dlm freezer. Lepas ni mkn pizza 10 minutes dah siap. Kami memang sengaja lebihkan.. Simpan siap2. Buat sahur bangun kul 5.15am masih sempat mkn.. Hehehe




Temosa Ikan

Kalau tgk makanan teregganu or kelantan, memang byk yg guna ikan. Maybe sbb dekat ngan pantai kot.. Atau dulu2 ikan ni sumber protein yg murah. Tak caya dalm karipap pon nak taruk ikan. Bila pikir, baguskan. Kalau saya kat kg, asyik2 ikan. Ikan adalah lauk utama. Gulai sayur pon taruk isi ikan. Nasi goreng pon taruk ikan.  Saya nak famili saya, suami and anak2 suka ikan. kalau kat key el ni ada seminggu tak jumpa ikan pon tak kesah.  asyik2 ayam. Lepas ni kena pikir tektik supaya diorg ni suka ikan as much as i do. Heh heh..

Utk buat temosa, buat inti terlebih dahulu. Sbb ambik masa masak inti sampai kering. 

Bahan2 inti:

3 ekor ikan rebus
3 ulas Bawang merah 
Seinci Halia
Secawan santan
Garam gula secukupnya.


Hiris bawang merah dan halia


Buang tulang ikan rebus dan tumbuk isi ikan sehingga lumat


Masukkan semua bahan dan masak sehingga kering. Jgn lupa ikan rebus dah masin. Rasa dulu sebelum tambah garam.


Inti yg sudah siap. Kecik pulak gambar ni.. 


Bahan2 doh:

250g gandum
1 cawan air panas
1/2 cawan minyak sayuran/ minyak masak
Secubit garam


Campurkan semua bahan dan uli doh.


Guna acuan karipap.


Macam karipap je... Not sure why they call temosa. 


Goreng. Siap!! 

Macam biasa, kalau ada lebih simpan dalm fridge utk kesenangan masa hadapan. Hehehe..



Friday, July 12, 2013

Kids Project 2 - Main Air

Waterpark trip? Hehehe... Bila dah ada 2 org anak ni malas nak keluar.. Dua2 manja ngan mimmy.. Nak2 kalau tempat mcm tu.. Nanti dari ke seronok jadi tak seronok pulak.. Sometime tu rasa bersalah jugak. Nanti la mimmy bawakkan.. Bila adik dah boleh independent.. Nanti mimmy pon boleh main sekali.. Hihihi.. 

So dah lepas jerebu.. Boleh main kat luar.. Dah boring dgn air dlm baldi and kolam plastik, main air pancut pulak lah..


Supply barang2 seperti di atas diperlukan.. 


Bahagian penyambung dgn paip, diddy sambung dgn wayar getah.


Macam ni


Involve Faiz to built the structure.. Show him the design.. And dia cuba pasang with diddy help.


Dkt bahagian penyambung, diddy gluekan... Dan tandakan kat mana nak buat lubang air pancut


Sbb not sure berapa besar lubang boleh untuk fit kan dgn water pressure tu, so, start with the smallest  hole. Bakar jarum yg paling besar ada kat rumah tu


Then buat lubang


UAT


Dah tak sabar walau pon masih panas terik.. Tapi kalau pergi waterpark pon.. Main bawah panas2 terik jugakkan? Mimmy approve... Boleh la main.. Hehehe


Mula2 air perlahan.. 


Dah best sgt.. Full blast la apa lagi.. Main bawah panas2 terik ni, bila ada air, dpt nampak pelangi.. Nasib jugak main tgh2 panas terik ni.. Faiz happy sgt dpt tgk pelagi depan mata.. 


Dua2 basah lencun.. Eh.. Bukan 2 je yg main.. Ada lagi 2 org yg tak masuk dlm gambar ni.. Hahaha.. What a wonderful day <3



Wednesday, July 3, 2013

Restaurant Food 2 - Sushi

Sekeluarga hantu sushi.. Dlm seminggu mesti pergi mkn sushi.. Kalau tak mkn kat luar, tapaw mkn kat rumah.. Sbb area shah alam tak de restaurant japanese.. Eh ada.. Tapi bukan sushi... More on teppanyaki.. So, selalu pergi Klang area, kadang2 sampai PJ. Klang area pergi centro or bukit tinggi.. So, bila pindah.. Centro tu dkt banget.. Memang pengunjung regular la.. Tapi rupanya panas tak hingga ke ptg, tak lama lepas tu tutup pulak sushi king kat centro tu.. Hmmm.. Takpe takpe.. Kita bukak kedai sushi kat rumah sendiri.. Hehehe



Ni supply2 yg diperlukan utk buat sushi sendiri.. Set creative sushi tu tak perlu.. Saya pon tak tau guna lagi.. Hehehe.. Saya guna bamboo mat je nak gulung buat maki tu.. 

1. Sushi rice
2. Rice vineger
3. Seewead
4. Soysouce
5. Wasabi
6. Japanese mayonese
7. Sushi filling.. Ikut suka. Saya selalu buat cucumber, crab stick, tuna and salmon.

Buat sushi senang je, ikut saja instruction pada brg2 tadi. 


Masak nasi dgn air 1:1.3 kalau ikut beras Nishiki tu..


Bila nasi dah masak, masukkan vineger, ikut sukatan pada product. Ada vineger yg belum dicampur dgn gula dan ada yg dah di campur. Ikut arahan. Gaul nasi dan at the same time kena kipas. What i do is gaul nasi bawah kipas dgn full swingg.. Hahaha.. 

Lepas tu boleh lah buat sushi.. Kalau tak tau gulung maki, boleh guna set kreative sushi tu.. Hehehe..

Maki

Salmon sushi and sashimi..

Tadda...  Yg mcm sandwich tu.. I guna tupperware as mould.. Letak nasi..seaweed, filling , seaweed then nasi. Tekan sehingga padat dan potong. 

Or Picnic version with sushi.. ;)